Header Ads

Sudah lama tawar hati dengan bekas isteri, perasaan dan kebajikan diri terabai berbulan-bulan, kata Suami Serina

 


Nampaknya k0ntroversi perkahwinan terbaru Serina Redzuawan dan pegawai poIis bernama Meor Mohammad kini memasuki episod baharu apabila suami kepada aktres itu tampil membuka mulut mengenai situasi sebenar.


Bagaimanapun dia mengakui berkahwin dengan aktres tersebut ketika masih bergelar suami orang, namun Aidid menafikan dak.waan bahawa Serina menjadi punca perce.raiannya dengan bekas isteri Nur Hamizah Shaffee, 34.

Sebaliknya, kata Aidid hubungan perkahwinan yang dibina dengan wanita itu sudah lama re.tak menunggu belah dan dia juga sudah tawar hati dengan bekas isterinya itu.


"Hubungan saya dan dia (Nur Hamizah) sudah bertahun lama bermasalah dan hambar. Hati saya sudah lama tertutup untuknya. Saya bernikah dengan Serina bulan Februari lalu.


"Tapi Serina bukan punca kami berantakan. Benar ketika berkahwin kali kedua, dia masih isteri saya. Itu fakta yang saya tak boleh nafikan. Lagipun pada masa sama proses tuntutan cer.ai di m.ahkamah memakan masa.


"Kami hanya berce.rai secara sah pada 9 Mac lalu. Kini hanya Serina isteri saya, tidak timbul lagi kisah atau perihal bermadu itu," kata Aidid menerusi satu kenyataan kepada media pada Isnin.


Menerusi laporan eksklusif mStar pada Ahad, Hamizah menda.kwa dia adalah isteri kepada Aidid ketika Serina dan suaminya mendirikan rumah tangga.


Menurut Hamizah, dia dice.raikan Aidid, dipercayai seorang pegawai kanan polis berpangkat Inspektor yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) pada 9 Mac lalu.


Pada Isnin, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata po.lis sudah membuka kertas siasatan yang diserahkan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Perlis berikutan Aidid sudah bertukar ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perlis.

Berikutan isu tersebut, Aidid memberitahu dia sudah bersedia untuk memberi kerjasama dengan pihak p.olis berhubung dak.waan dia berkahwin kali kedua tanpa kebenaran.


"Saya sedia bekerjasama dengan pihak berwajib. Saya dapat tahu, bekas isteri, Nur Hamizah Shaffee membuat membuat laporan p.olis konon dia dimadukan tanpa kebenaran. Saya sedia bertanggungjawab!" ujarnya.


Sementara itu, Aidid juga berkata dia berasa kec.ewa dan ralat dengan dak.waan bekas isteri pertamanya mengenai hubungan mereka tidak mempunyai sebarang masalah.


"Kami menjalinkan hubungan rumah tangga secara jarak jauh atas tuntutan kerja. Namun itu bukan alasan untuk tidak menjalankan tanggungjawab.


"Selain rumah tangga berma.salah, perkahwinan saya dan dia juga ada campur tangan keluarganya. Hati suami mana yang boleh tahan sabar apabila isteri tidak menghormatinya.


Balik jenguk saya pun susah. Berbulan-bulan saya terbiar tanpa dipedulikan perasaan dan kebajikan diri. Makan pakai saya pun tak terjaga. Ibu bapa dan kawan saya jadi saksi hidup ini macam orang bujang," katanya.


Pada Jumaat lalu, Serina, 38, menerusi laman Instagram miliknya mendedahkan sudah bernikah dengan Aidid, 34, namun pengumuman tersebut mengejutkan bapanya, Chef Wan yang tidak mengetahui perkara itu.

Sumber : mStar Online

No comments:

Powered by Blogger.