Header Ads

Suami rasa tertipu, tuntut ganti rugi RM1.4 juta selepas isteri dikahwininya bukan anak dara

 


Seorang suami di Makassar tertipu apabila isteri yang dinikahinya 13 tahun lalu bukanlah wanita bujang, sebaliknya pernah berkahwin.

Pada permulaan perkenalan antara Yulian Aprianto, isterinya mengakui belum pernah berkahwin.

Namun rahsia yang disimpan kemas wanita itu lebih sedekad lalu akhirnya terbongkar dan ia mengundang kema.rahan si suami.

Detiknews melaporkan, disebabkan berasa tertipu, Yulian nekad menuntut ganti rugi sebanyak 5 bilion rupiah (kira-kira RM1.4 juta) daripada isterinya.


Pasangan itu bernikah pada 2006 dan perbelanjaan perkahwinan ditanggung sepenuhnya oleh Yulian.

Malah, dia turut membiayai kos pendidikan isterinya sehingga wanita itu bergelar doktor.


Wanita itu dikatakan pernah bernikah dengan seorang lelaki bernama Saiye Hanafi pada 1996 iaitu 10 tahun sebelum bernikah dengan Yulian.


Ketika perkenalan, isteri Yulian mengakui masih perawan dan tidak berterus-terang mengenai statusnya.


Yulian juga berasa tertipu dan maIu dengan pemb0hongan yang dilakukan isterinya.


Menurut laporan itu, pasangan itu pada mulanya diperkenalkan ibu saudara sebelum mereka bercinta selama tiga bulan.


Ketika itu, Yulian berada di Jakarta, sementara isterinya di Makassar.


Malah, keluarga wanita itu turut bersuba.hat kerana tidak menceritakan secara jujur status wanita itu pada awal perkenalan mereka.


Selain itu, keluarga wanita itu juga memberikan keterangan pal,su dalam buku akuan pernikahan.


Hakim, Hartoni Pancono yang mengadili kes tuntutan itu mendapati wanita terbabit bersaI.ah kerana memberi keterangan pal.su dan dihuk0m pen.jara.


"Tertu.duh didapati bersaI.ah dan dihuk0m pen.jara selama sebulan sembilan hari," kata Hartono dalam penghakimannya

No comments:

Powered by Blogger.