Header Ads

Suami Benarkan Amyra Rosli Bersentuhan Dengan Pelakon Lelaki Asalkan Berlapik

 


Sudah agak lama tidak melihat kemunculan pelakon cantik manis, Amyra Rosli dalam drama tempatan.Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Nur dan Nur 2 ini seperti diketahui ramai tampil erhijab sejak Oktober 2019, pelakon Amyra Rosli berkata dia mahu menjaga batasan lebih-lebih lagi membabitkan babak bersentuhan dengan pelakon lelaki.


Bagaimanapun, Amyra berkata suaminya, Amar Baharin memberi keizinan untuk melakukan adegan bersentuhan dengan pelakon lelaki namun perlulah berlapik.


“Saya tiada letak syarat apa-apa dalam lakonan. Cuma, saya ada bertanya pada suami bagaimana jika ada babak memerlukan saya bersentuhan dengan pelakon gandingan.


“Amar memberi keizinan dan tiada masalah, asalkan dibuat dengan berlapik. Apapun, semuanya bergantung kepada pasangan saya dalam lakonan. Jika mereka okay untuk bersentuhan, tetapi berlapik, saya ikut sahaja. Jika tidak, saya mengekalkan prinsip tidak bersentuhan,” katanya.


Bergandingan dengan Saharul Ridzwan dan Izzue Islam menerusi drama Sabarlah Duhai Hati, Amyra meluahkan rasa syukur dua hero itu banyak mengajarnya teknik menghidupkan babak romantis tanpa bersentuhan.



“Saya menjadi heroin untuk dua aktor ini. Kita semua tahu, Saharul dan Izzue langsung tidak bersentuhan dengan pelakon wanita dan saya menghormati pendirian mereka.


“Sebagai pasangan suami isteri, ada babak romantis yang dilakonkan. Sebagai orang berpengalaman, Saharul ajar saya teknik bagaimana mahu menampakkan kemesraan tanpa sentuhan fizikal seperti ‘menlpu’ dari segi posisi tubuh, bantuan sudut dan gerak kerja kamera,” katanya.

 

SUMBER : ROTlKAYA BH ONLINE

No comments:

Powered by Blogger.