Header Ads

Saya tak pandang kamera untuk elak disantau melalui mata, kata Dai Syed

 


Ada sebab mengapa Syed Shah Iqmal atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed tidak memandang tepat pada kamera sewaktu dia bersiaran secara langsung di media sosial.


Kata Syed Shah Iqmal, dia sengaja berbuat demikian selepas dinasihatkan ustaz bagi mengeIak dirinya daripada terkena sihir atau santau yang dihantar untuk memasuki tubuhnya melalui mata.


Dak.wanya, sebelum ini dia mengalami kesukaran untuk tidur selain berasakan kepalanya selalu sak.lt seolah-olah dicuc0k-cuc0k oleh sesuatu yang tidak dapat dilihat.


“Saya mengalami kesukaran untuk tidur selain selalu bermimpi yang menakutkan. Kepala juga pada masa tu seperti dicuc0k-cuc0k sampai terasa pedlh,” katanya kepada Malaysiakini.



Jelas pemilik nama penuh Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail itu, dia kemudian didatangi bukan seorang tapi dua ustaz tidak dikenali yang menawarkan diri untuk membantu masalah yang dihadapinya.


Katanya lagi, dia berasa aneh kerana ustaz terbabit tahu masalah yang dihadapi walaupun sebelumnya ia sedikit pun tidak pernah diceritakan kepada sesiapa.


“Saya tak cari ubat atau ceritakan masalah pada sesiapa termasuk ustaz tersebut. Mereka adalah orang yang tidak saya kenali.


"Tapi tiba-tiba ustaz berkenaan hadir dan menawarkan bantuan dan mengubat saya yang dikatakan terkena slhir santau.


“Merekalah yang menasihatkan supaya saya tak pandang kamera sewaktu merakam video dan sebagainya.


“Saya diberitahu sihlr atau santau yang kena pada saya dihantar melalui mata,” dakwanya.



Susulan berubat, Syed Shah Iqmal, 25, berkata keadaan kesihatannya sudah semakin pulih.


“Alhamdulillah dah ada perubahan dan saya akan terus berubat,” katanya.


Tahun lalu Syed Shah Iqmal menarik perhatian ramai apabila dihadapkan ke mhkamah beberapa kali atas pertud0han membabitkan sera.ngan sek.sual.


Dia mengaku tidak bersaI.ah atas semua tiga pertud0han yang dikenakan ke atasnya. 

Sumber : maIaysiakini

No comments:

Powered by Blogger.