Header Ads

Saya pernah makan tisu dengan kuah roti canai orang, isteri pun tak tahu , kata Datuk Ac Mizal

 


Lama tidak mendengar perkembangan dan gossip terbaru dari pengacara terkenal, Datuk Ac Mizal. Baru-baru ini beliau ada berkongsikan kisah kesusahannya satu ketika dahulu, ketika dia dan isteri, Datin Emylia Rosnaida sedang menantikan kehadiran anak pertama mereka.


AC berkata ketika itu merupakan zaman sukarnya di dalam kerjaya seni dan banyak cerita mengenainya diperkatakan. Katanya lagi, duit di dalam bank hanya ada RM250 sahaja.

“Kelahiran anak pertama kami, Muhammad Reeve Damien. Waktu ini kami tengah susah. Malah ketika isteri saya mengandungkan Reeve tujuh bulan pertama, duit dalam akaun ada RM250 sahaja.


“Waktu ini boleh dikatakan saat saya jat0h, dimana banyak cerita mengenai saya macam-macam,” katanya.


Kongsinya lagi, isterinya terpaksa melahirkan anak sulungnya secara pembe.dahan kerana mengalami saklt bersaIin lebih 12 jam sedangkan duit hanya cukup untuk bersalin secara normal sahaja.



“Ketika itu waktu 12 tengah malam. Pada waktu itu, isteri saya saklt mengandung lebih 12 jam. Bulan itu, Allah bagi rezeki pada saya dapat tawaran empat drama sekaligus.


“Tetapi pada waktu isteri nak melahirkan, duit hanya cukup untuk bersalin secara normal sahaja. Akan tetapi oleh kerana 12 jam saklt, mahu tak mahu lakukan prosedur pembe.dahan. Bayaran berlakon pun banyak tak dapat lagi.


“Tak mengapalah, saya minta isteri untuk lakukan pembe.dahan, duit saya cari. Alhamdulillah saya ada seorang rakan di Ipoh berikan saya pinjam duit,” katanya.


AC turut berkongsikan ada ketika dia pernah makan tisu bersama kuah roti canai orang namun perkara itu tidak diketahui oleh isterinya.



“Ketika isteri mengan.dung, saya pernah cerita saya makan tisu bersama kuah roti canai orang. Isteri tak tahu, bila waktu pagi rakan ajak pergi sarapan saya cakap tak apa, saya dah makan.


“Ini kisah benar. Kalau orang nak cerita pasal kesusahan dengan saya tak payahlah. Saya sudah lalui macam-macam,” katanya.


Dalam pada tu, AC mengakui kehadiran anak-anaknya banyak membuka pintu rezeki buat mereka sekeluarga.


“Lahirnya anak lelaki saya, rezeki mulai terbuka dan kehadiran anak perempuan saya, Fya Erissa memang dia lebih bukakan rezeki. Memang rezeki anak, kami hanya menumpang,” katanya.

Sumber : Rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.