Header Ads

Saya penat, saya nak rehat, tapi…

 


Seperti yang kita sedia maklum, selebriti berbakat besar Janna Nick memang seorang yang sangat kuat bekerja. Namun baru-baru pelakon dan juga pengacara itu ada membuat satu luahan di media sosialnya yang memaparkan dirinya sedang memandu sambil menangis.

Menerusi video berdurasi 3 minit 24 saat itu, antara lain Janna, 26, atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner mengakui dirinya sangat penat sehingga terfikir untuk berhenti bekerja dan mahu menjadi orang biasa.

"Jadual saya padat sehingga hujung tahun ini. Badan saya sangat penat, tapi otak saya tidak begitu."

"Saya tak suka dilihat sebagai seorang yang lemah, malah saya tidak mahu orang lain tahu mengenainya di mana saya tidak kuat. Saya berasa penat. Saya nak menjadi seperti orang biasa.


"Saya nak menyendiri dan tiada siapa yang dengan sesuka hati mendekati saya. Saya cukup penat. Saya nak berhenti bekerja, tapi tak boleh. Saya masih perlu bekerja dan membantu keluarga. Saya penat apabila tidak boleh berbuat apa-apa, tapi perlu buat juga dan terus ke depan. Ia buatkan saya menjadi penat.


"Bukan fasal tak bersyukur atau tak gembira. Saya sangat gembira, tapi otak saya tak berhenti berfikir. Saya be.nci otak saya. Saya sangat gembira dengan kehidupan, dengan keluarga, tapi otak saya tak berhenti berfikir. Saya hanya nak berehat," katanya.


Dalam hantaran sama, Janna juga pengacara Melodi menganggap dirinya 'gagal' apabila tidak dapat menyembunyikan lagi tekanan terhadap kerjaya dalam kehidupannya.


"Bukan soal saya be.nci karier atau kehidupan bekerja. Saya suka bekerja, tak boleh tak bekerja. Jadi otak saya terus mema.ksa badan untuk bekerja. Walaupun ada hari yang saya nak rehat, saya tetap pa.ksa untuk berfikir dan terus berfikir," katanya.


Dalam masa sama, pelakon drama Marry Me Senorita itu mengakui letih apabila terpaksa berpura-pura untuk menjadi 'Janna Nick' yang disifatkan sebagai topeng untuk kelihatan gembira selain memiliki kehidupan sempurna.



"Saya manusia biasa dan mahukan kehidupan normal. Saya tak suka bercakap dan berjumpa orang. Dulu, apabila saya tak gembira, saya tidak jumpa alasan kenapa tidak boleh tak gembira.


"Sekarang, saya gembira tapi otak tidak membenarkan untuk saya berehat. Dari situ saya tahu saya ada masalah. Tapi jangan risau, saya akan selesaikan sendiri," katanya.


Hantaran itu sudah mencecah lebih 750,000 tontonan dan mencecah lebih 3,000 komen.


Ruangan komen dihujani kata-kata semangat daripada rakan artis dan peminatnya supaya tidak berputus asa selain meminta Janna berehat seketika.

Sumber : harian metro

No comments:

Powered by Blogger.