Header Ads

SAYA NAK BERSIHKAN KEMBALI NAMA SAYA, KATA PELAKON UTAMA IKLAN JUDl RAYA

 


Baru-baru ini netizen dikejutkan dengan satu video iklan judl raya yang dibintangi oleh anak melayu.Rata-rata netizen mengecam tindakan tidak sensitif syarikat perjudlan online yang dilihat tidak menghormati agama dan sensitiviti bangsa melayu yang rata-rata beragama Islam.


Tidak mahu terus menjadi m4ngsa kecaman netizen, pelakon video iklan raya tersebut, Saif Yunus tampil membuka mulut bagi menjelaskan keadaan sebenar.


Saif, 24, atau nama sebenarnya Saifullah Mohd Yunus ketika dihubungi berkata, dia memaafkan semua orang yang sudah meng3.cam dan meIem.parkan kata-kata ke.sat terhadap dirinya.


"Sekarang ini saya nak bersihkan nama dari rakyat Malaysia. Semua bercakap bur0k mengenai perkara ini. Mereka cakap berdasarkan apa dilihat, tapi tidak tahu apa berlaku sebaliknya."



Malah, Saif yang juga pelakon drama Marry Me Senorita yang ditayangkan di saluran Astro Ria baru-baru ini tidak mahu bersikap tegakkan benang basah kerana menyedari perkara itu adalah satu kesaIahan.


"Walaupun saya sudah minta maaf sebelum ini, netizen masih nampak salah dan bur0k. Tapi, saya tetap mahu bersihkan nama. Saya cuba untuk jelaskan agar semua faham, tapi jika masih ada yang tidak faham, nak buat macam mana. Apa yang penting saya sudah lakukan perkara sepatutnya.


"Dalam masa sama, saya bersyukur sebab dapat lihat yang mengecam ini sebenarnya mereka menegakkan perkara yang betul iaitu aktiviti perjudlan ini adalah salah dan berd0sa di sisi agama Islam.


"Jadi, nak cakap mereka j.hat sebab kecam saya tidak boleh juga. Malah lebih bersyukur perkara ini terjadi dalam bulan Ramadan. Apa saja kata-kata dan keca.man dari rakyat Malaysia, saya maafkan mereka. Saya tidak akan tegakkan benang basah," katanya kepada Harian Metro.



Menurut Saif, apa yang berlaku adalah pengajaran terbesar dalam dirinya dan menganggap ia adalah ujian daripada Allah SWT.


"Ini pengajaran terbesar dalam hidup saya. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati. Apatah lagi ini pengalaman pertama dan menjadi sejarah dalam hidup.


"Setiap orang ada ujian berbeza. Saya terima ujian ini pada umur 24 tahun. Saya berasa bertuah sebab perkara ini menjadi pengajaran awal untuk saya terus maju dalam bidang lakonan. Tidak semua orang mendapat ujian awal macam saya. Jadi, pada masa hadapan saya sudah tahu apa boleh dan tidak," katanya.


Terdahulu, Saif bersama lima pelakon lain dalam iklan itu sudah dipanggil bagi membantu sl.asatan di Ibu Pejabat PoIis Daerah Dang Wangi, di sini, pada 16 April lalu.


Sumber : harian metro

No comments:

Powered by Blogger.