Header Ads

Saya Berhak Untuk Bahagia, Syukur Sudah Keluar Dari Hidupnya, kata Aidid

 


Suami baru kepada Serina Redzuawan iaitu Meor Mohamad Aidid menegaskan bukan Serina yang jadi punca keretakan rumah tangganya dengan bekas isteri, Nur Hamizah Shaffee.


Menurut Aidid, hubungannya dengan Hamizah sudah lama bermasalah dan hambar namun mengaku ketika bernikah dengan Serina Februari lalu,  Hamizah masih lagi merupakan isteri pertamanya.


“Serina bukan punca keruntuhan rumah tangga kami kerana terus terang, hati saya ini sudah lama tertutup buatnya (Hamizah).


“Satu fakta yang saya tak boleh nafikan, sewaktu bernikah dengan Serina, Hamizah masih lagi isteri saya. Namun tidak timbul soal bermadu kerana kami berc.rai secara sah pada 9 Mac lalu.


“Sebagaimana semua tahu, proses tuntutan c.rai di mhkamah memakan masa. Tetapi semua itu sudah selesai dan kini hanya Serina sahaja isteri saya,”katanya kepada Utusan Malaysia.


Selain itu, Aidid juga melahirkan rasa kecewa dengan dakwaan Hamizah yang mengaku hubungan mereka tidak pernah bermasalah selama ini.



“Kami menjalinkan hubungan rumah tangga secara jarak jauh atas tuntutan kerja. Namun itu bukan alasan untuk tidak menjalankan tanggungjawab. Selain rumah tangga bermasalah, perkahwinan saya dan dia juga ada campur tangan keluarganya.


“Hati suami mana yang boleh tahan sabar apabila isteri tidak pandai menghormati. Hendak balik jenguk saya pun susah. Berbulan lamanya saya terbiar tanpa dipedulikan perasaan dan kebajikan diri.


“Makan pakai saya pun tak terjaga. Ibu bapa dan kawan saya jadi saksi seolah-olah saya  hidup macam orang bujang,” katanya.


Dalam pada itu, Aidid meminta bekas isterinya itu berhenti menyalahkan Serina dan menganggapnya sebagai punca keretakan hubungan mereka.



“Saya kenal Serina sekitar setahun lalu. Saya berhak untuk bahagia dan ada masa depan yang lebih baik dan bersyukur kerana sudah keluar dari hidupnya dan bekas keluarga mentua yang sering mempergunakan saya untuk kepentingan perniagaan kolej mereka.


“Jadi berhentilah berpura pura jadi m4.ngsa. Tak perlulah sampai tahap nak buka cerita lama dan mencari perhatian media. Hentikan segala tohmahan dan hormati kerjaya saya sebagai poIis,” katanya.


Jumaat lalu, Serina mengesahkan dirinya bergelar isteri buat kali kedua menerusi entri dalam laman Instagram (IG). Bagaimanapun, Serina tidak berkongsi perincian mengenai majlis pernikahan yang dipercayai berlangsung di sebuah negeri di utara tanah air.


Sebelum ini, Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010. Bagaimanapun, mereka berc.rai taIak satu di Mhkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber : utusan

No comments:

Powered by Blogger.