Header Ads

Rentas negeri yang diluluskan hanya dibenarkan dari Isnin hingga Khamis, kata poIis

 


Umum mengetahui buat masa ini sebarang aktiviti merentas negeri perlu mendapat surat kebenaran dari pihak berkuasa dan hanya dibenarkan bagi urusan kerja rasmi dan juga kece.masan.

Namun menurut laporan dari awanl, PoIis Diraja Malaysia malam ini mengesahkan pergerakan rentas negeri yang diluluskan hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja.

Timbalan Ketua PoIis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata ia sebahagian langkah mengetatkan pergerakan rentas negeri berikutan peningkatan kes baharu C0VID-19 di negara ini.

"Pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan bagi tujuan pekerjaan, kec.masan dan kema.tlan (hanya melibatkan ahli keluarga terdekat iaitu ibu bapa, anak dan adik-beradik sahaja), perubatan, pendidikan serta pasangan jarak jauh.


Sekiranya permohonan pergerakan diluluskan, ia hanya dibenarkan pada Isnin hingga Khamis sahaja, manakala pergerakan pada hujung minggu iaitu Jumaat hingga Ahad tidak akan diluluskan.

" (Bagaimanapun) ini tidak termasuk bagi urusan kece.masan, kema.tlan dan pasangan jarak jauh," katanya dalam satu kenyataan pada malam Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan atau apa-apa majlis atau jamuan adalah diI.arang.

Katanya, ia akan berkuat kuasa sehingga selepas Aidilfitri dan mana-mana pihak yang lng.kar akan dikenakan tindakan te.gas.


Tambahnya lagi, mengenai ketidakpa.tuhan prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan dan pasar malam, Acryl Sani berkata, semua ketua poIis daerah dan pasukan pemantau pematuhan SOP akan digerakkan ke semua lokasi berkenaan.

"Sekiranya didapati SOP tidak dipatuhi, PDRM akan mengemukakan saranan kepada pihak berkuasa tempatan agar aktiviti perniagaan di kawasan itu dihentikan," katanya.

No comments:

Powered by Blogger.