Header Ads

Rentas negeri sambut Aidilfitri hukumnya haram, kata Mufti WP

 


Hari ini 18 ramadhan maknanya kurang dari 2 minggu lagi umat islam akan menyambut kedatangan hari lebaran yang mulia.Sudah menjadi kebiasaan perantau akan pulang beraya ke kampung untuk meraikan hari kemenangan ini bersama ibubapa tercinta dan keluarga tersayang.


Namun, kerajaan sampai sekarang masih belum memberikan kata putus lagi berkenaan rentas negeri kerana seperti yang kita tahu negara sekarang masih lagi dian.cam dengan pandemlk C0VID-19.


Memetik laporan berita harian, Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Dr. Luqman Abdullah hari ini memberitahu hukum meIanggar Iarangan merentas negeri ditetapkan kerajaan untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri adalah haram.


Beliau ketika dipetik berkata, hal ini kerana asas kepada larangan rentas negeri perlu dilihat daripada hadis Rasulullah SAW mengenai wabak penyaklt taun.


Katanya, Rasulullah SAW menyebut supaya umat manusia mengelak ke sesuatu tempat jika mendengar mengenai penyebaran sesuatu w4.bak penyaklt dan mereka yang sudah sedia berada di tempat itu, tidak boleh keluar daripada kawasan berkenaan.


"Rentas sempadan, apa hukumnya apabila kerajaan Iarang? Andai tidak taat kepada Ulul Amri (pemerintah) maka hu.kumnya ha.ram.


"Sekarang angka (jangkltan) semakin tinggi, jadi kalau dibenarkan (rentas negeri) bila rantaian jangkltan ini akan berhenti?



"Dalam media baru-baru ini ada kes tlpu dokumen semata-mata mahu merentas negeri dengan menggunakan surat (kebenaran palsu) Yang Dipertuan Agong. Itu dua kali haram, menipu untuk rentas negeri dan menipu surat (kebenaran)," katanya.


Beliau berkata demikian pada Seminar Cabaran C0vid-19 Menurut Perspektif Islam dan Pelancaran Buku Fakulti Pengajian Islam di Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang turut disiarkan secara maya melalui aplikasi zoom, hari ini.


Luqman berkata, perbincangan panjang mengenai hukum boleh dibuat bagaimanapun dalam menangani penularan Covld-19, umat Islam perlu kembali kepada perkara paling asas termasuk menerima Iarangan dikenakan pemerintah sekiranya dilakukan bagi tujuan kebaikan.

Sumber : sinar harian

No comments:

Powered by Blogger.