Header Ads

Pertubuhan Kasih Neelofa lancar program infaq sambut kedatangan Ramadan

 


Bukan saja cantik dan kaya tetapi usahawan berjaya, Neelofa juga seorang yang prihatin kepada masyarakat dan sering menyertai program kebajikan.

Terbaru, Sempena Ramadan yang bakal menjelma, Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) telah melancarkan beberapa program infaq dan menyasarkan untuk mendekati lebih ramai golongan kurang bernasib baik.

Lima program infaq yang dilancarkan itu ialah Infaq Yaman, Infaq Quran, Infaq Rehal, Infaq Kasih Ummah (Susu Nilofa) serta Program Qurban 2021.

"Kita juga ada infaq lain seperti Infaq Jumaat, Infaq Pendidikan dan Infaq Masjid di mana orang boleh terus beri sumbangan juga.


"Sumbangan boleh dibuat melalui portal Kasih Neelofa, di situ sudah ada semua dan orang ramai boleh pilih mereka mahu menyumbang bagi kategori mana," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran di ibu negara, pada Sabtu.

Turut dilancarkan ialah program Iftar Box dan Food Box yang akan digerakkan melalui pemberian pek-pek makanan dan kotak makanan asas kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada rumah kebajikan, perlindungan, madrasah serta komuniti perumahan kos rendah.

Sepanjang dua tahun penubuhan, PKN komited dalam menyantuni masyarakat di segenap lapisan dan giat melaksanakan program infaq untuk membaik pulih puluhan surau, masjid dan madrasah.


"Situasi C0VID-19 memerlukan keprihatinan kita.

"Ramai yang terjejas dan sebagai pertubuhan bukan berasaskan keuntungan (NGO), saya berharap lebih ramai lagi badan korporat atau individu perseorangan tampil untuk bersama-sama mengembeleng tenaga, membantu mereka yang lebih memerlukan," tambahnya.

No comments:

Powered by Blogger.