Header Ads

Peniaga Burger Viral Sebab Kena Kompaun RM50,000 Rupanya Hidup Mewah, Pernah Makan Tomahawk RM1,000?

 


Baru-baru kecoh sekejap satu Malaysia apabila seorang peniaga burger meluahkan rasa kecewa kerana dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa sebanyak RM50,000 kerana beroperasi

melebihi had masa yang ditetapkan dalam SOP PKP yang kini sedang berkuatkuasa di Kelantan.Namun dalam masa yang sama dia turut menyatakan tidak mampu membayar kompaun sebanyak itu

kerana dia hanya berniaga depan rumah semata-mata.


Perkara ini telah menarik perhatian netizen dan tidak lupa artis seperti Neelofa yang sanggup membantu beliau membayar kompaun tersebut.


Namun, viral di media sosial pula yang mengatakan peniaga burger ini dikatakan netizen sebenarnya hidup mewah.Kalau lah betul apa yang dikatakan, memang satu Malaysia kena tipu!


Fuh sakan abang burger kita ni, dia dikatakan pernah makan di restoran Tomahawk dengan bil mencecah RM1,000 lebih.



Bukan itu sahaja, ramai netizen ‘menyiasat’ dan menjumpai banyak lagi bukti yang menunjukkan dia bukanlah tidak mampu seperti yang digembar-gemburkan.


Dan kompaun yang dikenakan itu memang patut pun disebabkan dia melanggar SOP. Berniaga melebihi masa. Ye lah, pihak berwajib pun mestilah menjalankan tugas. Takkan lah sesuka hati diorang jer nak saman kalau tak buat salah.


Ruangan postingnya mengenai kompaun yang dikenakan juga dihujani dengan komen-komen netizen yang lain. Tak caya? Cuba tengok jap. Jangan main-main dengan kuasa netizen ui.


Hmm..macam-macam betul lah. Apa pendapat anda? Komen sikit.


Sumber : Rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.