Header Ads

Pengeluar selipar'mesra Muslim' mohon maaf atas kekeliruan yang berlaku

 


Baru-baru ini viral berkenaan satu produk yang dilancarkan oleh seorang usahawan terkenal Neelofa dan kolaborasinya bersama pengeluar jenama selipar terkenal Fipper.


Namun produk tersebut menimbulkan k0ntroversi kerana tag line nya yang dikatakan agak mengelirukan netizen.


Tampil menjelaskan keadaan sebenar, syarikat Fipper memberikan penjelasan sebenar berhubung isu penggunaan perkataan 'Muslim friendly' atau 'mesra Muslim.

Menurut Fipper, produk ''Slip On" hasil kolaborasi dua organisasi itu sesuai untuk kegunaan Muslimah yang memakai stokin.

Ini kerana dakwa Fipper, produk terdahulu kurang bersesuaian dengan imej Muslimah yang berstokin.


Jesteru, pihak Fipper memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku.


Pada 5 April yang lalu, selebriti dan usahawan popular, Neelofa telah melancarkan selipar yang 'dikategorikan'sebagai ‘Mesra Muslim’ bersama jenama selipar tempatan, Fipper dan aplikasi yang diperkenalkannya The Noor.

Selipar berkenaan dijual pada harga RM79.90 sepasang.



Pengenalan konsep selipar sedemikian telah mencetuskan pelbagai perdebatan dalam kalangan netizen.

Ekoran itu, Neelofa yang baru saja melangsungkan pernikahan dengan pendakwah PU Riz pada 27 Mac lalu menjadi sas.aran krit.ikan netizen.

No comments:

Powered by Blogger.