Header Ads

Netizen puji kekacakan PU Riz semakin terserlah selepas kahwin

 


Seperti yang kita sedia maklum, pencetus ummah (PU) Rizz sudah pun bergelar suami kepada personaliti dan usahawan berjaya, Neelofa hampir sebulan yang lalu.


Baru-baru ini, perkongsian terbaru pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail di Instagram menjadi perhatian ramai.


Meskipun perkongsian tersebut adalah untuk mempromosikan ubat kesihatan, namun ramai netizen terutama di kalangan wanita memuji ketampanan suami kepada Neelofa itu.




Rata-rata netizen mengatakan PU Riz dilihat semakin kacak selepas berkahwin. Malah, ada yang menyamakan wajah Haris dengan selebriti lain seperti Hairul Azreen dan Sufian Suhaimi.



Tidak kurang juga, ada yang wanita berseloroh meluahkan rasa kecewa Haris sudah berkahwin. Kata netizen lagi, lelaki yang sudah bergelar suami orang sememangnya kacak.




Terdahulu, Haris atau selamat mendirikan rumah tangga dengan selebriti popular, Neelofa pada 27 Mac lalu di sebuat hotel terkemuka di ibu negara.


Sumber : rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.