Header Ads

Netizen puji keberanian pembaca berita 'sound' isu kompaun RM50,000 kepada peniaga kecil

 


Beberapa hari ini, isu kompaun yang dikatakan amat tidak logik jumlahnya yang dikenakan kepada beberapa peniaga kecil menjadi pendebatan dan kecaman dari netizen.


Apa tidaknya ada peniaga kecil yang berniaga depan rumah kena kompaun sehingga RM50,000.Walaupun peniaga terbabit masih boleh membuat rayuan terhadap kompaun tersebut, namun isu ini perlu dislasat lebih terperinci oleh pihak berkuasa.


"Ketika otak yang letaknya di atas. Tapi ada yang bertindak seolah otak di lutut"

Nada yang meluahkan ketidakpuashatian terhadap isu tersebut telah disuarakan oleh seorang pembaca berita secara

langsung pada malam tadi. Jelas Luqman Hariz, tindakan tersebut disifatkan seperti 'otak di lutut' kerana mereka cumalah penjaja kecil dan ada juga yang terpaksa menanggung lebih sepuluh orang isi rumah untuk diberi makan. 

Rakaman tersebut menjadi tular selepas ianya dimuat naik oleh salah seorang pengguna Twitter.


Rata-rata memuji cara penyampaian Luqman yang berani tanpa perlu ‘berlapik’ ayat-ayat tertentu selain menyifatkan memerlukan lebih ramai lagi penyampai sebegini yang berpihak kepada suara majoriti.



Sumber: Twitter Zulhelmikhari via infoawam.com

No comments:

Powered by Blogger.