Header Ads

Netizen Bengang Dengan Taktik ‘Jualan Amal’ Rempeyek 1 Balang RM100, Serunding 3 Bungkus RM500

 


Ketika di bulan ramadan ramai yang akan mencari peluang untuk melipat gandakan lagi pahala, salah satunya adalah berkongsi nikmat rezeki dengan golongan yang memerlukan.


Baru-baru ini ada seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama LEROSSA memuat naik satu posting jualan rempeyek dengan harga tak masuk akal dengan menggunakan alasan membeli sambil beramal.


Harga Rempeyek sebalang RM100?


Individu ini mengakui niatnya untuk membeli produk tersebut terbantut setelah melihat harga yang tertera pada poster berkenaan. Antara barangan jualan yang ditawarkan kepada pembeli adalah seperti jus madu, jus buah-buahan, rempeyek dan kudap-kudapan yang lain.


Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah harga yang ditawarkan memang tak terlintas dek akal. Bayangkan harga rempeyek sebalang mencecah RM100 manakala tiga bungkus serunding dan sambal hitam berharga RM500. 

Walaupun ianya berkonsep ‘membeli sambil beramal’ tetapi ramai dalam kalangan netizen menganggap harga makanan tersebut terlalu mahal. Malah tidak kurang juga yang mengakui ragu-ragu dengan penjual terbabit.


Skemer rupanya


Berikutan daripada isu itu, seorang individu mendakwa bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah memaklumkan penjual terbabit dipercayai merupakan seorang ‘skemerr’ dan telah mengekspI0oitasi kanak-kanak dengan mengutip derma serta sumbangan orang ramai untuk kepentingan mereka sendiri. 

Bukan itu sahaja, skemer ini juga dipercayai telah diambil tindakan oleh JKM kerana membuka pusat jagaan kanak-kanak tanpa kebenaran.


Dalam mensyuarat dengan pihak polis pada bulan lepas, dilaporkan salah satu akaun mereka mengandungi wang berjumlah RM300k.

Sementara itu, diruangan komen rata-rata netizen meng3cam tindakan penjual terbabit yang dikatakan menggunakan agama untuk kepentingan peribadi.




Sementara itu, orang ramai diingatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan tipu daya golongan tidak bertanggungjawab ini. Sekiranya ingin bersedekah atau memberi sumbangan, seeloknya carilah saluran yang betul dan boleh dipercayai.


Sumber: Wan_azril via 0hBuIan

No comments:

Powered by Blogger.