Header Ads

Mulanya nak lamar si ibu, rezeki lelaki 58 tahun dapat kahwin anak gadis 19 tahun, tanah dan kebun jadi mas kahwin

 



Sebab itu orang tua-tua dulu selalu cakap, soal jodoh rezeki ini semua kita bukan tahu, ianya rahsia dari tuhan.

Mungkin inilah yang berlaku pada seorang lelaki yang berusia 58 tahun ini.pada mulanya hajat melamar seorang wanita namun lamaran ditolak malah ditawarkan pula si anak gadis.


Lelaki yang dikenali sebagai Bora itu menggemparkan penduduk sekitar sebaik melafazkan ijab kabul terhadap isterinya Ira Fazillah yang berusia 19 tahun.


Menurut laporan Kompas, pernikahan pasangan tersebut berlangsung di Dusun Cippaga, Sulawesi Selatan, Indonesia.


Dilaporkan sebelum itu Bora melamar ibu kandung Ira, tetapi ditolak sebelum ibu gadis itu menawarkan anak sulungnya untuk dinikahi.


Kata Ketua Kampung Bana, Ishak, proses pernikahan mereka berjalan lancar dengan mas kahwin yang diberikan bernilai 10 juta rupiah (RM2,841) serta tanah dan kebun seluas satu hektar.

Menurutnya, walaupun pada awalnya Bora ingin memperisterikan ibu Ira namun ditolak, atas persetujuan kedua-duanya akhirnya pernikahan itu selesai dilangsungkan.


Kata Ishak, bora juga adalah seorang lelaki bujang dan tinggal sendirian selepas merantau ke Sulawesi Tenggara manakala Ira adalah anak sulung daripada tiga beradik.



Difahamkan juga, kedua orang tua Ira sudah lama bercerai dan selama ini dia dibesarkan oleh ibunya yang bekerja sebagai petani.


Di samping itu, tegas Ishak, pernikahan pasangan berkenaan berlangsung atas dasar suka sama suka bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.


Sumber : Sinar

No comments:

Powered by Blogger.