Header Ads

Mira Filzah Sedih Sebab Tak Dapat Sahur, Buka Puasa Hari-Hari Dengan Suami

 


Tahun ini merupakan tahun pertama aktress cantik, Mira Filzah menyambut ramadhan sebagai seorang isteri. Sepatutnya ia menjadi satu pengalaman baru dan semestinya teruja untuk sediakan juadah sahur dan berbuka buat suami yang tersayang, Wan Emir Astar.


Namun ianya tidak seperti yang dirancang kerana Mira berkata dia tidak berkesempatan bersahur dan berbuka bersama suami dan keluarga kerana sibuk dengan urusan kerja.


“Tahun pertama berpuasa sebagai seorang isteri. Sebelum kahwin dah fikir macam-macam nak buat. Tengok tengok, jadual ‘shooting’ dah anjak masuk sampai akhir puasa.


“Mungkin tahun ni boleh kira berapa kali je dapat sahur dan berbuka bersama Emir, Mak, Abah dan keluarga lain, Atuk dengan Opah lagi lah. Tak dapat balik kampung,” tulisnya.


Meskipun terpaksa berk0.rban tidak dapat bersama dengan insan tersayang, namun Mira akur dengan tanggungjawab serta menyifatkan kerja juga adalah satu ibadah.



Menerusi perkongsian di Instagram itu, Mira sempat memoh0n maaf kepada suaminya serta mengucapkan terima kasih kerana memahami kerjayanya.


“Tak apa lah, kerja pun satu tanggungjawab dan ibadah dengan niat yang betul. Sorry sayang I. Terima kasih sebab memahami. Semoga ibadah puasa kita diterima Allah,” tulisnya.

Sumber : rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.