Header Ads

LEBIH SEJAM ISTERI MENAHAN SAKlT, SUAMI BERKERAS ENGGAN DOKTOR LELAKI SAMBUT KELAHIRAN BAYI SEBAB AURAT

 


Soalan:


Salam. Apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran dan melihat fa.raj wanita sewaktu bers.alin sedangkan di hospital yang sama masih terdapat doktor perempuan? Bagaimana aurat wanita dalam perubatan?


Jawapan:


Waalaikumussalam wbt,


Tidak dibenarkan di sisi Hukum Syarak bagi lelaki untuk melihat kepada aurat wanita ajnabi, melainkan terdapat ḥājah (keperluan) dan ḍarurah (keperluan mendesak) untuknya. Antara bentuk pengecualian ialah rawatan al-faṣdu (venesection, venipuncture, phlebotomy), berbekam, dan rawatan am. Ini kerana jika dihar.amkan akan mendatangkan ḥ.araj (kesukaran) sedangkan ḥaraj dihilangkan oleh Syarak.


Justeru harus bagi lelaki merawat wanita dan wanita merawat lelaki, dengan syarat


Jika wujud perawat yang muslim, maka tidak boleh digantikan.

Ditemani oleh mahram, suami atau wanita yang thiqah (terpercaya).

Ketiadaan perawat wanita, atau perawat lelaki bagi pes.akit lelaki.

Perawat boleh melihat kepada bahagian-bahagian badan selama mana ada keperluan kepadanya. Ini berdasarkan hadis Jabir RA:

أَنَّ أُمَّ سَلَمَةَ اسْتَأْذَنَتْ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْحِجَامَةِ فَأَمَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبَا طَيْبَةَ أَنْ يَحْجُمَهَا قَالَ حَسِبْتُ أَنَّهُ قَالَ كَانَ أَخَاهَا مِنَ الرَّضَاعَةِ، أَوْ غُلَامًا لَمْ يَحْتَلِمْ


Maksudnya: “Bahawa Umm Salamah (isteri Nabi SAW) meminta izin daripada Rasulullah SAW untuk berbekam lalu Nabi meminta Abu Taibah untuk menjalankan rawatan bekam ke atas Umm Salamah.”


Berkata Jabir: “Aku kira bahawa Abu Taibah itu adalah saudara susuan Umm Salamah atau budak kecil yang belum baligh.”


Hadis riwayat Muslim (2206)


Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (4/50); Fiqh al-Manhaji (1/126-127)

 


Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari Rahimahullah bagi syarah hadis ini:


قد صرح علماؤنا بأن غير المحرم أيضا عند الضرورة يحجم ويقصد ويختن وقال الطيبي - رحمه الله - : يجوز للأجنبي النظر إلى جميع بدنها للضرورة وللمعالجة


Maksudnya: “Telah dijelaskan oleh para ulama kita bahawa sekalipun bukan mahram boleh untuk menjalankan rawatan bekam, fasdu, dan khitan.” Berkata al-Taibi Rahimahullah: “Dibenarkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatkan pada sekalian tubuh wanita bagi tujuan daru.rat dan rawatan.” Rujuk Marqah al-Mafatih ٍ (no. 3103)


Justeru, termasuklah dalam kategori rawatan ini ialah menyambut kelahiran kerana ia mel.ibat ny.awa ibu dan anak jua. Kami syorkan hendak semua dawabit atau syarat-syarat yang dinyatakan di atas hendaklah dipatuhi bagi memastikan ketenangan bagi pihak pe.sakit, hospital dan keluarga,


Wallahua’lam.


Menerusi Facebook Dr Ahmad Zakimi Abdullah, beliau berkongsi satu kisah sewaktu berkhidmat di sebuah hospital daerah.


Di suatu ketika semasa aku kerja di sebuah hospital daerah, ada seorang suami membawa isteri yang nak bers.alin ke bilik bers.alin.

 

Si suami berseluar pendek, bertopi dan memakai rantai. Ala-ala hip-hop. Si isteri pula memakai baju seolah-olah tak cukup benang.


Takpe lah, mungkin si isteri tu terlalu s.akit nak bersalin maka tak sempat pakai baju yang cukup syaratnya.


Doktor! Isteri saya nak bersal.in ni. Ujar si suami tegas. Keadaan agak kelam kabut.

Takpe encik. Nanti saya periksa dulu berapa cm bukaan. Balas aku.

 

Eh doktor! Takde doktor perempuan ke?. Si suami panjangkan berbualan kami. Agak tegas.


Takde encik. Saya sorang saja oncall malam ni.


Doktor perempuan tak bertugas malam ni. Hanya saya sorang. Ujar aku sambil memakai sepasang glove. Siap sedia untuk jalankan tugas pemeriksaan.


Mana boleh doktor lelaki periksa isteri saya. Doktor ni tak belajar agama ke? Kan aurat tu. Hospital kat Malaysia ni tak Islam sungguh gamaknya. Betul lah orang lain kata.


Si suami masih bert.egas dan cuba menolak. Keadaan sedikit tegang. Bilik bersa.lin ketika itu juga agak sibuk. Kedengaran jeritan ibu-ibu lain yang tengah meneran.


Saya pun doktor muslim. Saya memang tak alim sangat tapi tahu juga sikit pasal agama. Isteri encik kan nak bers.alin. Dalam keadaan nak bers.alin tu dah kira darurat.


Lagipun saya sorang saja yang ada dan mampu sambut bers.alin. Tambah pula isteri encik ada masalah da. rah tinggi.


Misi tak boleh sambut. Jawab aku sambil menoleh ke arah misi-misi bilik bers.alin.



Aduhhhh. Aduhhh. Sa.kit! Sa.kit! Bunyi teriak si isteri dari bilik 2. Wajah pucat si suami terpancar.

 

So takleh panggil doktor perempuan kat rumah ke, doktor. Maaf encik. Tak boleh. Dia pun akan oncall esok.


Takpe nanti saya suruh misi check jalan isteri encik dulu. Nanti nak bersa.lin terpaksa saya juga sebab isteri encik ada masalah.


Oklah. Nak buat macamana. Negara je Islam. Hospital KKM yang tak Islamik.


Takpe encik. Keadaan darurat membenarkan saya sambut kela.hiran bagi wanita nak bersalin. Tiada lagi aurat.


Setelah sejam setengah lamanya, akhirnya pes.akit wanita itu dah 10cm. Akhirnya aku menyambut kel.ahiran anak lelaki mereka dengan selamat.

 

Nah encik. Ni anak encik. Anak lelaki. Encik boleh azan di telinga anak ni.

 

Sebelum ni eloklah encik tutup aurat encik tu sebab tadi encik cakap pasal aurat kan. Nah pakai kain sarung saya. Ujar aku sambil hulurkan kain sarung kepada dia.


Tapi doktor. Saya tak tahu sangat azan. Tak biasa. Boleh doktor azankan dan doa-doa skit. Ok. Nanti saya tunjukan. Terima kasih, doktor.


Hai. Bukan main cakap aku tak belajar agama. Dia sendiri tak tutup aurat. Nak azan pun tak biasa katanya. Hmmm.


No comments:

Powered by Blogger.