Header Ads

Kita sebenarnya yang kurang ajar dengan agama Islam, kata Suhaimi Saad

 


Sudah agak lama tidak mendengar perkembangan tentang bekas ahli kumpulan nasyid terkenal, Suhaimi Saad. Baru-baru ini Suhaimi ada memuat naik satu perkongsian di laman sosialnya. Perkongsian itu telah menarik minat netizen apabila penyanyi itu mengulas tentang isu kita sebenarnya yang kurang ajar sendiri terhadap agama kita.


Beliau dilihat membidas satu program lawak, katanya agama dan ayat quran dan hadis pulak digabungkan dengan program lawak yang jelas mengajar masyarakat untuk memperolok olokkan agama macam ni. 


Berikut adalah peerkongsian penuh yang ditulis dalam media sosialnya.

Come on la..

bukak la mata.

dah banyak pengajaran yang Allah bagi.


INI BUKAN DAKWAH.


Aku pun tak paham,

aku ni yang terlalu jumud atau manusia akhir zaman ni yang memang dah jauh hanyut.


Aku tak nak ulas panjang dalam bulan mulia ni.

Tapi memang rasa panas dan menyirap.

rasa sangat terguris.


Aku harap,

lepas ni,

kalau ada orang bukan islam yang mempermainkan agama kita,

jangan sentap.

sebab kita yang ajar dan nampakkan agama kita ni seolah olah benda murah yang boleh dilawak lawakkan.


Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen kali ini sependapat dengan Suhaimi Saad.

egempak : Kena bertindak segera!! Org2 Melayu Islam Malaysia kena buang sikap 'melawakkan' semua ibadah. Termasuklah ibadah puasa, buat tik tok menyamar jd org bkn Islam order GRAB, ibadah k0.rban plak buat karikatur lembu menyorok la. Pakai telekung buat TikTok laa... Drama2 Melayu pun byk pengaruh kpd generasi muda- pelakon Islam bukan mahram peluk2 pegang2, melamar mesti melutut depan perempuan laa.

norra_home.facial : nak komen lelebih, bulan puasa ni.. tp paham2 la.. juri laki tu, memang jenis nak glemour..


norinoden : yessss betul!!! lepas tu tebahak2 ketawa mcm xwaras, banyak lagi benda lain yg blh dijadikan bahan lawak, kenapa nak gunakan agama

nuridvanila : Setuju..kadang aku pun rase macam aku pulak yg tersesat..macam aku ni over sangat ke pikir akhir zaman..Allah..semoga kita semua dijauhkan dari fltnah dajjal..


Sumber : instagram mosusofficial

No comments:

Powered by Blogger.