Header Ads

Kesian PU Amin Tanggung MaIu, Netizen Bengang Nadira Isaac Masih Tidak Padam Gambar Tidak Senonoh Walaupun Sudah Dirayu

 


Sejak dari semalam kecoh apabila viral satu gambar yang dikongsikan instafamous Nadira Isaac yang memaparkan gambar sek.sinya bersama pendakwah bebas, PU Amin ketika menghadiri majlis berbuka puasa sabtu lepas.


Gambar tersebut telah menarik minat netizen kerana dikatakan sangat tidak sopan dan menimbulkan k0ntroversi kerana yang ada dalam gambar tersebut adalah PU Amin.


Bagaimanapun PU Amin sudah membuat kenyataan di facebooknya semalam dan dia merayu agar wanita terbabit memadamkan gambar bersamanya itu.


Namun rayuannya itu masih tidak diendahkan Nadira setakat artikel ini ditulis.


"Saya sudah minta dia padamkan foto tersebut sejak semalam tetapi masih tiada sebarang tindakan dilakukannya," tulis PU Amin.


Sementara itu, menerusi Instagram Stories, Nadira memohon maaf ekoran gambar terbabit telah tular di media sosial.


"Maaf atas fltnah. Niat panggil PU untuk meriahkan suasana, tidak sangka pula viral," tulisnya ringkas.

Sebelum ini, PU Amin melalui kenyataan rasminya di fb menerangkan situasi sebenar yang berlaku ketika majlis terbabit, menurutnya lagi dia hanya dijemput untuk membacakan doa dan niatnya demi menyebarkan dakwah dengan cara turun padang.

"Ini peluang untuk menyampaikan dakwah secara berhadapan. Saya tahu kesan fltnahnya besar tetapi kalau bukan waktu itu, bila lagi hendak tazkirah secara berdepan dengan golongan yang saya lawan sebelum ini.

"Saya moh0n maaf jika perbuatan saya mengambil gambar itu satu perkara yang memaI.ukan dan mengalbkan.

"Selepas berbuka puasa, saya terus menunaikan solat Maghrib namun, selepas itu saya memang bergegas nak pulang sebab bertugas di masjid berdekatan.

"Penganjur minta nak bergambar. Saya raikan, kerana mahu segera untuk pulang namun, tidak sangka pihak penganjur viralkan foto tersebut tanpa mengetahui tujuannya.




"Akhirnya ter0k saya dihen.tam, difltnah dan dica.ci ma.kl pada hari ini. Ramadan baru dalam fasa pertama, namun ujian berat bagi saya," katanya.

Sementara itu, menjelaskan lebih lanjut kepada Utusan Online, kata PU Amin lagi dia tidak menyangka foto tersebut dimanipu.Iasi oleh segelintir pihak hingga menimbulkan alb.

"Betul, pakaian mereka tidak menutup au.rat. Tapi tak akanlah bila orang nak bergambar saya nak kata ‘tak boleh, awak ahli nera.ka’? Samalah juga jika ada golongan mak nyah yang nak bergambar, tak akan saya nak cakap begitu?

"Orang per.Ii dan sindlr saya senyum dalam gambar itu. Habis, dah namanya ambil gambar, tak akanlah saya nak buat muka ma.rah pula?

"Pula itu, ada kalangan warganet yang komen itu sengaja jadikan ia bahan perbaI.ahan parti politik pula," jelasnya yang turut berbincang dengan isterinya sebelum menghadiri majlis berkenaan.

Malah, PU Amin turut menyampaikan tazkirah kepada tetamu yang hadir dan menyentuh mengenai pematuhan pakaian, sensitiviti bulan Ramadan dan keampunan Allah yang disambut baik oleh semua yang hadir.

No comments:

Powered by Blogger.