Header Ads

"Kami dan SlASAT" - Kompaun terhadap peniaga burger bukan dibuat sesuka hati, kata poIis

 


Hari ini viral mengenai satu berita dimana seorang peniaga burger jalanan telah dikenakan kom.paun sebanyak RM50 ribu kerana dikatakan melanggar perintah kawan pergerakan (PKP).Peniaga burger tebabit, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, yang menjalankan perniagaan itu di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, di sini, memaklumkan didatangi beberapa anggota poIis ketika menyiapkan tempahan pelanggan pada jam 11.10 malam.


Katanya, pihak poIis kemudiannya mengeluarkan k.ompaun RM 50,000 bagi kes.alahan berniaga melebihi had masa dalam tempoh p.erintah kawalan pergerakan (PKP).


“Ketika itu tiada seorang pelanggan di kedai dan saya sedang menyiapkan tempahan daripada pekerja kilang.


“Memang saya belum menutup kedai namun meja sudah disimpan. Saya hanya menyiapkan pesanan untuk dihantar ke pekerja kilang.


“Saya agak terkejut apabila dikenakan k.ompaun setinggi itu hanya untuk kesalahan ini. Sudahlah musim PKP, berniaga pun bukannya laris sebagaimana seperti sebelum ini,” katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata, anggota poIis yang hadir ada memaklumkan terdapat laporan daripada pihak tertentu yang mengatakan kedai burger miliknya ber.operasi lebih masa ditetapkan.


“Anggota poIis itu juga memberitahu, k.ompaun sejumlah itu dikenakan kerana k.es berulang. Memang ketika PKP sebelum ini saya sudah dikenakan k.ompaun RM 1,000, juga berkaitan kes.alahan sama.


“Namun saya tidak menyangka kali ini dikenakan sehingga RM 50,000. Sudah tentu saya tidak mampu membayarnya kerana pendapatan saya hanya dengan menjual burger.


“Saya merayu k.ompaun ini dipertimbangkan semula, jumlah ini memang terlalu tinggi daripada kemampuan saya,” katanya.



 Ibu pejabat PoIis Daerah (IPD) Kota Bharu mengesahkan pihaknya mengeluarkan kompaun RM50,000 kepada peniaga burger yang membuka gerai di hadapan rumahnya di Jalan Panji, di sini yang tular hari ini.


Ketua PoIis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kompaun dikeluarkan terhadap peniaga burger itu kerana dia didapati meI.anggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di Kelantan ketika ini.


Jelas beliau, poIis sebelum ini menerima aduan penduduk kampung bahawa peniaga itu sering berniaga melebihi masa dibenarkan iaitu pukul 10 malam ke atas dengan ramai pelanggan didapati duduk dan makan di situ.


“Kita telah menjalankan slasatan lanjut dan mendapati peniaga itu meIanggar SOP yang ditetapkan.


“Pihak poIis kemudiannya telah menyer.bu premis terbabit kira-kira pukul 11.30 malam tadi dan bertindak mengeluarkan kom.paun terhadap peniaga,”


Tegas Abdul Rahim, pihaknya bukan mengeluarkan kom.paun sesuka hati tanpa budi bicara, sebaliknya tindakan tegas demikian diambil apabila memang terdapat perbuatan yang meI.anggar SOP ketika dalam PKP.


“Bagaimanapun, peniaga tersebut boleh mengemukakan rayuan pengurangan kom.paun kepada Jabatan Kesihatan Kelantan dan nilainya tidak akan mencecah sampai RM50,000,” katanya.


Terdahulu, tular seorang peniaga burger dikenali sebagai Wan Mohd. Faisal berkongsikan kisahnya dikompaun sebanyak RM50,000 oleh poIis ketika sedang berniaga di hadapan rumah sendiri di akaun Facebook miliknya.


Perkara itu mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya mengecam pihak berkuasa dengan menyifatkan tindakan mengeluarkan kompaun tersebut sebagai zaI.im tanpa menggunakan budi bicara.


Kelantan kini dikenakan PKP sehingga 29 April depan, susulan kes positif C0vid-19 yang terus meIonjak naik termasuk hari ini dengan 343 kes dan kekal sebagai tiga negeri paling tinggi kes jangkltan pandemlk tersebut. – UTUSAN

No comments:

Powered by Blogger.