Header Ads

Desas-desus kontrak ditamatkan syarikat Swarovski, netizen sepakat beri sokongan tidak berbeIah bagi kepada Neelofa

 


Baru- baru viral satu perkongsian di laman sosial mengenai kenyataan sebuah syarikat barang kemas berjenama Swarovski yang mengesahkan bahawa mereka tidak lagi bekerjasama dengan selebriti terkenal iaitu Neelofa menerusi laman Twitter rasmi milik mereka.


Perkara itu nampaknya telah menjadi perbualan hangat netizen sehingga mendapat perhatian selebriti itu sendiri.


Tidak ingin netizen berprasangka dan membuat andaian , selebriti popular dan usahawan ini memberi  penjelasan mengenai isu penamatan kontrak beliau bersama syarikat barang kemas berjenama mewah itu :


Memetik perkongsian dari bloh hotfm, Neelofa menjelaskan bahawa kontraknya bersama Swarovski telah pun tamat pada Disember tahun lalu dan mereka masih mengekalkan hubungan yang baik antara satu sama lain.


Meninjau di ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata semangat dan meminta Neelofa mengendahkan komen-komen negatif.




Alhamdulillah, Neelofa sendiri sudah pun mengeluarkan kenyataan dari pihaknya dan menamatkan teka-teki mengenai kontrak dengan syarikat barangan kemas mewah ini. 

Harap kita semua sebagai netizen dan peminat Neelofa dapat bertenang dan tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan tambah-tambah lagi ketika di bulan Ramadan ini.


Sumber : Twitter Neelofa via blog HotFM

No comments:

Powered by Blogger.