Header Ads

Datin Alyah Kecewa Dikatakan Rentas Negeri Ke Pulau Langkawi Untuk Bercuti

 



Isu segelintir dan instafamous tidak bertanggungjawab menya.lahgunakan surat kebenaran rentas negeri untuk bercuti terus jadi isu panas minggu ini.

Terbaru, Datin Alyah menerusi laman sosialnya meluahkan rasa kecewa yang amat sangat selepas ditu.duh merentas negeri ke Pulau Langkawi untuk bercuti.


Dedah Alyah dia menerima pelbagai DM kecaman dari pengikut yang tidak dikenalinya yang mendakwa dia sengaja berbuat demikian. Menurut isteri kepada maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS ini tujuannya ke pulau peranginan itu bertujuan melakukan video klip lagu terbarunya.


“ASSALAM SEJAK SAYA BERADA DI LANGKAWI NI, MACAM-MACAM DM YANG SAYA TERIMA CONTOH DM SEPERTI DI ATAS. ITU BELUM NOMBOR YANG TAK KENAL DENGAN TIADA SALAM TERUS MAKI HAMUN SAYA PERSOAL ITU INI PASAL SOP. SAYA MASIH SEORANG PENYANYI DAN SAYA BEKERJA DI BAWAH RECORD SAYA SENDIRI.


SEBAGAI PENIAGA MUSIK SAYA HARUS MENGELUARKAN LAGU BAGI MEMASTIKAN PENIAGAAN INI BERTERUSAN. PENIAGAAN MUSIK INI BUKAN HANYA PADA HALWA TELINGA SAHAJA. TAPI PIHAK SAYA PERLU JUGA MENGELUARKAN PRODUK DALAM BENTUK VISUAL JUGA” TULIS ALYAH


Jalani Penggambaran


Menafikan dirinya dilihat bersiar-siar di atas sebuah kapal, tegas pelantun Kisah Hati ini lokasi yang dimaksudkan oleh netizen tersebut juga merupakan sebahagian daripada penggambarannya selain turut berkongsi foto surat kebenaran merentas negeri yang diberikan oleh pihak polis.


“PIHAK SAYA DAN TEAM LIKE MUSIC SDN BHD KE LANGKAWI KERANA ATAS URUSAN KERJA BAGI MENYIAPKAN MV TERBARU SAYA THANK YOU ALLAH. APA YANG DIUSULKAN OLEH ANDA YANG MACAM TAK PUAS HATI TERHADAP SAYA BETUL IA TERJADI TAPI KESEMUANYA ATAS PEMINTAAN BAGI MENYIAPKAN MV TERBARU SAYA YA”


“SAYA TAK NAIK KAPAL UNTUK SUKA-SUKA. DAN TIDAK BERKEINGINAN PUN KE LANGKAWI KALAU SETAKAT NAK TUKAR-TUKAR BAJU FESYEN SEBELUM SAYA DAN TEAM KE LANGKAWI, KAMI SEDAYA UPAYA MENYEDIAKAN SEGALA DOKUMEN PERJALANAN JUGA SURAT KEBENARAN DARI PIHAK BERKUASA. KALAULAH SAYA TAK CERDIK JUGA, SAYA MINTA MAAF” KATANYA LAGI


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut Alyah turut terkejut dengan komen tersebut dan mengharapkan agar penyanyi ini dapat menyiapkan MV tersebut dengan jayanya.


Sumber : murai

No comments:

Powered by Blogger.