Header Ads

Cara memohon secara online Bantuan Ibu BersaIin (BIB) sebanyak RM450

 


Mungkin ramai yang tidak perasan akan bantuan yang telah diluluskan oleh kerajaan, Kerajaan Sarawak telah mengumumkan untuk memberikan bantuan berjumlah RM450 kepada setiap ibu yang bersalin di negeri Sarawak.

Bantuan yang dinamakan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ini bermula pada 1 Januari 2020 dan diuruskan oleh Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK).


SYARAT KELAYAKAN


Bantuan ini tertakluk kepada beberapa syarat kelayakan iaitu:


Warganegara Malaysia;

Ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau Isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);

Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak;

Pendaftaran boleh dibuat apabila ibu telah bersalin sehingga 3 bulan selepas bersalin



CARA MEMOHON BANTUAN IBU BERSALIN

Bagi yang ingin memohon, terdapat dua kaedah permohonan iaitu:

Permohonan secara online melalui Permohonan Bantuan Ibu Bersalin 2020. Pemohon perlu mengisi emel pada ruangan yang disediakan terlebih dahulu dan klik next untuk proses seterusnya. Isikan maklumat yang diperlukan sebelum menghantar permohonan.

Permohonan secara manual melalui borang yang boleh dimuat turun melalui Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin 2020. Pemohon juga boleh mendapatkan borang permohonan di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat/ Pejabat Residen/ Pejabat Daerah/ Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, KWKPK. Borang tersebut kemudiannya perlu dihantar di mana-mana pejabat-pejabat terbabit dan perlu disertakan nota discaj atau sijil lahir bayi.


INFO TAMBAHAN

Para pemohon juga perlu mengambil perhatian terhadap beberapa makluman tambahan iaitu:

Permohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang melahirkan bayi pada tahun 2020;

Tempoh permohonan adalah 3 bulan dari tarikh bersalin;

Hanya ibu sahaja dibenarkan memohon melalui online atau manual;

Sekiranya butiran permohonan adalah tidak lengkap atau palsu, pihak KWKPK mempunyai hak untuk menolak permohonan tanpa memberi sebarang alasan atau notifikasi.



PERTANYAAN LANJUT

Jika para pemohon mempunyai pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi alamat berikut:


Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB)

Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak (BPAKK)

Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak

Tingkat Bawah, Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya

93050 Kuching, Sarawak

Telefon: 082-311340 / 082-311718

Emel: insentif.ibubersalin@gmail.com.


Anda juga boleh melayari laman web Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak untuk maklumat lanjut di https://kwkpk.sarawak.gov.my/


Sumber : kerjakini.com

No comments:

Powered by Blogger.