Header Ads

Bukan Kami Punca Permohonan Rentas Negeri Diperketatkan, kata Risteena Munim

 


Sehari dua ini kecoh di media sosial apabila viral satu notis syarat pelepasan rentas negeri diperketatkan berikutan segelintir instafamous dan selebriti yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan surat kebenaran dari pihak berkuasa.


Mengulas isu yang hangat diperdebatkan oleh netizen, pelakon Risteena Munim berkata lagi jika permohonan rentas negeri atas urusan kerja diperketatkan bukan mereka menjadi penyebabnya.

"Kalau permohonan merentas negeri atas urusan kerja diperketatkan, ia bukan berpunca daripada kami. Mungkin disebabkan faktor lain."


Itu kata pelakon Risteena Munim mengenai isu mengaitkan selebriti dan instafamous yang dikatakan mengambil kesempatan menggunakan surat kebenaran merentas negeri daripada polis untuk bercuti.


Risteena, 32, atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas berkata, pihak berkuasa sudah mengesahkan dia bersama suami yang juga pelakon, Isa Khan berada di Semporna, Sabah pada 20 Mac lalu adalah atas urusan kerja.



"Orang tak sepatutnya fikir begitu. Ini kerana memang kami pergi atas urusan kerja. Jadi kalau perkara ini diperketatkan, saya tak rasa ia disebabkan kami kerana memang pihak po.lis sudah sahkan kami ke sana atas urusan kerja.


"Kami tidak ke mana-mana dan bukannya sambil menyelam minum air. Di situ kami selesaikan kerja dan makan. Kebetulan orang tengok kami di tempat itu. Kenapa benda itu nak dikaitkan dengan kami lagi," katanya kepada Harian Metro.


Sementara itu, Isa berkata, banyak lagi sebab munasabah kenapa pihak berkuasa mengetatkan perkara itu.

"Sebenarnya kebetulan di tempat kami bekerja itu adalah lokasi pelancongan sekali gus menyebabkan isu ini timbul. Jika polis nak perketatkan kebenaran merentas negeri, banyak lagi faktor lain yang lebih munasabah dan penting daripada menuduh kami sebagai punca," katanya.




Dalam masa sama, Isa yang hadir bersama Risteena pada rakaman program Melodi Raya 2021 di sini, hari ini berkata, kontro.versi dan isu yang melanda mereka adalah dugaan selepas berkahwin pada 12 Mac lalu.


"Kami ke Semporna, Sabah pada 20 Mac lalu. Kontroversi ini kita tak duga, tapi kami sangat tenang sebab tak buat salah, jadi tidak ada apa perlu dirisaukan. Kami pun sudah selesaikan semua perkara dengan pihak berwajib.


"Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Saya anggap apa yang berlaku adalah ujian selepas bernikah. Saya yakin akan banyak lagi cabaran yang akan kami lalui dan berdepan bersama-sama," katanya.

Sumber : harian metro

No comments:

Powered by Blogger.