Header Ads

Bagaimana Bermulanya Perjalanan Kerjaya Dayah Zubit Sebagai Pengasuh Siti Aafiyah Yang Ramai Tidak Tahu

 


Ramai yang pastinya tertanya-tanya siapakah gadis cantik yang sentiasa berdampingan dengan Siti Aafiyah iaitu anak kepada penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza. Beliau juga dilihat gemar menggunakan gelaran sebagai kakak kepada anak Siti Nurhaliza.

Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh murai, Dayah telah berkongsi cerita mengenai kisahnya bersama dengan keluarga Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Cantik manis lagi ayu orangnya. Dayah ni bukan calang-calang orangnya.



Berikut adalah fakta dan perkongsian Dayah mengenai pengalamannya diterima sebagai pengasuh Siti Aafiyah. Jom kita tengok!


Dayah adalah seorang gadis manis yang kini berusia 25 tahun dan berasal dari Padang Serai, Kedah Darul Aman.

 Dayah mempunyai lulusan diploma dalam bidang kejururawatan. Dayah mencuba nasib  setelah mendapat tahu mengenai Dato’ Siti yang sedang mencari jururawat peribadi. Namun, dia sebenarnya tidak tahu bahawa tugasannya adalah untuk menjaga Siti Aafiyah.

Dayah cuba menghubungi pengurus peribadi Dato’ Sri Siti iaitu Kak Rozi dan Dayah diminta untuk datang terus ke rumah Dato’ Siti untuk sesi temuduga.

‘Nervous’ itulah perasaan yang dirasakan sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di rumah Dato’ Siti. Dia kemudiannya ditemuduga sendiri oleh Dato’ Siti dan juga Datuk K.

Dayah kemudiannya diberi pilihan sama ada mahu tinggal sekali atau balik hari. “Tapi dari butir bicara ‘Mak Iti’ panggilan manja untuk Dato’ Siti, dia lebih mahukan Dayah tinggal bersama kerana Dayah perlu sentiasa ada bersama Siti Aafiyah walau kemana sahaja Aafiyah pergi. Jadi Dayah fahamlah,” kata Dayah.

Tanggal 21 Mei 2018, maka bermulalah tugasan dan tanggungjawab baru Dayah sebagai pengasuh kepada Siti Aafiyah.

Tidak dinafikan perasaan bercampur baur kerana risau akan tugasannya bukanlah satu tugas yang mudah. Dia diamanahkan untuk menjaga anak kepada orang yang sangat terkenal. Risau kalau apa yang diberi tidak menepati’ standard’ yang diharapkan. Namun perlahan lahan Dayah cuba membiasakan diri dengan tugasan baru itu dan semua orang di rumah itu memberi kerjasama yang baik dan ianya sangat memudahkan kerja Dayah.


 Pada mulanya Dayah berasa agak kekok namun dia turut bersyukur kerana diberikan majikan yang baik seperti Dato’ Siti dan Datuk K. Dato’ Siti memainkan peranan yang penting dalam memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan yang selesa seperti keluarga sendiri dan tidak merasa terasing.


Dato’ Siti juga merupakan seorang ibu yang sangat lembut, seperti mana yang selalu kita tengok di instagram, begitu jugalah realiti bagaimana dia melayani anaknya, Siti Aafiyah.


 Dayah pernah mendapat tawaran dai KKM untuk satu jawatan tetap di Hospital Pulau Pinang namun hatinya berbelah bagi dan akhirnya Dayah mengambil keputusan untuk menolak tawaran tersebut dan memilih kerjaya sebagai pegasuh kerana kasih sayangnya terhadap Aafiyah yang sangat mendalam.

Sumber : Murai


No comments:

Powered by Blogger.