Header Ads

Ayda Jebat Sahkan Dia Kini Berbadan Dua, Sudah Empat Bulan

 


Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti popular, Nabil Mahir kerana isterinya iaitu Ayda Jebat mengesahkan baru-baru ini dirinya kini berbadan dua dan sedang hamil empat bulan.

Berita gembira itu telah dikongsikan sendiri oleh Ayda ketika majlis Iftar Bersama Ayda Jebat yang berlangsung di Hotel Majestic, KL sebentar tadi. Menerusi Instagram, Ayda turut berkongsi berita gembira dengan memuat naik video buat para peminatnya.


Untuk rekod, pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir bercadang untuk memiliki 13 orang anak.


Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad Mahir berkata, 13 orang anak kerana angka berkenaan merupakan angka kegemarannya.


“Saya anak bongsu daripada dua orang adik-beradik, manakala Ayda pula ada 10 orang adik-beradik. Jadi, 13 orang anak kalau dikurniakan rezeki macam itu, memang mimpi jadi kenyataan.


“Tetapi sejujurnya, kalau dapat anak ramai macam mana pun, apa yang penting anak kami nanti sihat walafiat. Tak kisahlah satu, dua atau 13 sekalipun,” katanya secara berseloroh


“Alhamdulillah dengan rezeki ini.. Doakan agar kandungan saya sihat dan bayi yang bakal lahir sempurna sifat.


“Saya juga bersyukur akhirnya dapat berkongsi berita ini dengan semua pada masa yang sesuai dari mulut saya sendiri,” katanya.


Menurutnya, bayi sulung itu dijangka bakal lahir pada Oktober depan. Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.


Sumber : ROTlKAYA

No comments:

Powered by Blogger.