Header Ads

Aliff Syukri Rakam Lagu Raya, Ramai Netizen Tak Keruan Nak Dengar Hasil Seni Terbaik

 


Sudah agak lama tidak melihat kemunculan usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri.Namun kerinduan peminat akan terubat kerana beliau memberi bayangan akan mengeluarkan produk terbaru iaitu lagu raya tidak lama lagi.


Perkara ini dikongsikan oleh Aliff menerusi laman sosialnya dimana dia telah memuat naik 'teaser' single tersebut bersama peminat. Meskipun tidak berkongsikan judul lagi namun netizen dilihat seakan tidak sabar untuk mendengarnya.

“Yes or no? Patut tak saya keluarkan lagu raya tahun ini? Kalau ramai yang komen yes, saya akan keluarkan.



“Saya harap anda semua komen jujur ya. Komen anda penentu lagu raya tahun ini saya keluarkan ataupun tidak. Insya-Allah malam ini, kalau ramai yang beri sokongan, saya akan ke bilik rakaman,” tulisnya.



Dalam pada itu, Aliff berkata lagu tersebut adalah untuk menghiburkan hati mereka yang tidak dapat pulang ke kampung berhari raya susulan rentas negeri tidak dibenarkan.


“Saya akan keluarkan lagu yang sedap untuk halwa telinga anda. Saya berjanji kepada anda semua, lagu ini bakal memberi kegembiraan di musim PKP, maklumlah orang tengah sedih,” katanya.


Seperti sudah dijangka, ada yang memberi komen negatif mengatakan suaranya yang dikatakan sengau, namun ramai yang mengatakan tidak sabar mendengar lagu tersebut sebagai hiburan di hari raya.




Sumber : rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.