Header Ads

Viral video minta perlahankan ‘speaker’ surau, wanita ini dikecam netizen kerana saIah faham

 


Semalam viral satu video di laman sosial memaparkan seorang wanita yang dirakam sedang menegur sebilangan jemaah surau berkenaan bunyi speaker yang dikatakan terlalu kuat bersebelahan rumahnya.


Sehubungan itu, ramai netizen yang saIah faham dan mengecam wanita terbabit sehingga ada yang sanggup memberi t0hmahan dengan mengatakan beliau menghlna kesucian agama Islam.


Menurut laporan, wanita yang dikatakan viral itu sebenarnya merupakan seorang pensyarah.



Walau bagaimanapun, setelah mendengar penjelasan daripada semua pihak, pensyarah berkenaan sebenarnya langsung tidak marah andai pihak surau mahu memasang bacaan al-Quran ataupun azan pada waktu yang tepat.

Dia cuma memohon agar diperlahankan sedikit bunyi speaker pada waktu Asar sahaja kerana dia sedang mengadakan kelas online.

Hal ini dijelaskan menerusi perkongsian daripada jirannya yang dimuat naik kembali oleh laman Facebook Penang Kini yang menceritakan kronologi kejadian yang berlaku itu.




Sebenarnya pensyarah tersebut cuma meminta pihak surau memperl.ahankan speaker kerana ia dipasang dengan volume maksimum. Jarak rumahnya dan surau tidak sampai 1 minit pun dan dia sudah menetap 35 tahun situ.

Isu berkenaan sudah lama berlaku dan pihak pejabat agama sendiri yang meminta wanita tersebut berbincang dengan pihak surau berkenaan hal kecil terbabit.


 
“Takdak isu bab dia takleh dgaq azan…hahaha….isu skrg waktu kjdian speaker dipsang maximum waktu bcaan alquran waktu asar dan cikgu ni da klas online universiti…pihk jbtan agama yg swoh ckgu ni p brbncang dgn phak surau…dan pbncangan ni dh 13x kata cikgu ni…sblum ni xdk mslah cuma waktu kjdian tu shj yg jd mslah sbb ckgu ni bekerja..” kata jirannya

Video yang dirakam tidak menceritakan hal sebenar dan perkara tersebut juga bukanlah isu baru buat mereka. Jadi, jiran kepada wanita itu memohon agar orang ramai tidak menjatu.hkan hu.kum sesuka hati tanpa mengetahui hal yang tepat.

Sumber: Twitter, Penang Kini

No comments:

Powered by Blogger.