Header Ads

(VIDEO) Pemandu Myvi datang buat onar kat gerai minuman, siap sindir Shuk tiada kerja lagi

 


Disindir berniaga gara-gara kini sudah kehilangan pekerjaan, pelawak dan pengacara , Shuk Sahar, 35, mengaku masih terkejut dengan tindakan seorang lelaki yang tiba-tiba singgah ke gerai minuman dan men0Iak barangan jualannya.


Menurut shuk, semasa kejadlan, dia bersama pembantu peribadinya, Iskandar Nurzaman, 23, sedang berniaga air minuman di tepi jalan di kawasan tersebut sebelum didatangi seorang lelaki berbaju hitam yang menaiki kereta Myvi berwarna putih.

“Dia memberhentikan kenderaanya di depan gerai, tetapi dari awal lagi saya sudah rasa pelik, dia pegang telefon seolah-olah sedang merekod video. Saya dan Iskandar tanya dia mahu beli minuman yang mana sebelum tiba-tiba dislndlr oleh lelaki itu.


“Ber4ng dengan tindakannya, Iskandar cuba mempertahankan saya sebelum lelaki tersebut bertindak agresif dan cuba memukulnya. Saya cuba h4Iang dan mungkin kerana tidak puas hati, dia kemudiannya men0Iak barangan jualan di meja sebelum pergi begitu sahaja,”katanya.



Shuk berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia berikutan kejadian tersebut yang berlaku di Wangsa Maju, hari ini.


Bagaimanapun,menurut Shuk, dia tidak m4rah dengan apa yang berlaku sebaliknya kebingungan dan tertanya-tanya apakah motlf sebenar lelaki berbaju hitam tersebut.


“Saya sempat tengok nombor plat keretanya tetapi takkanlah saya nak sebarkan pula. Buat masa sekarang, saya tengok dulu macam mana, kalau perlu buat lap0ran poIis, mungkin saya akan pergi ke balai.



“Saya cuma nak tahu kenapa dia terg4mak buat begitu dan apa niatnya sebab seolah-olah dia memang mahu cari pasal sejak dari awal,”katanya.


Shuk sebelum ini terpaIit dengan beberapa kontr0versi membabitkan rumah tangganya dengan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah, 24.


Dia juga menjadi bahan bualan ramai berikutan perIcutan jawatannya sebagai penyampai radio Hot FM baru-baru ini.


Sumber : utusan

No comments:

Powered by Blogger.