Header Ads

(VIDEO) Netizen teruja tengok Neelofa hidang juadah makan buat suami tercinta

 


Hari ini genap hari ketiga PU Rizz bergelar suami kepada Usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa. Dan seperti sedia maklum didada akhbar dan media sosial boleh dikatakan pasti kita akan ternampak/terbaca kisah mengenai perkahwinan pasangan ini.


Pun begitu, hari ini viral pula beberapa video pasangan tersebut menikmati menu daglng produk ibu Neelofa iaitu Noor Kartini. Turut menjadi perhatian, Neelofa menyediakan juadah makanan sambil bergurau senda mengusik suaminya yang tersipu maIu.

Lebih lucu, Neelofa sempat bergurau menganggap suaminya ‘tikus makmal’ untuk merasai produk makanan ibunya serta meminta pendapat jujur daripada PU Riz.

Dalam pada itu, turut kedengaran dalam beberapa video lain Noor Kartini gembira apabila menantunya berselera menikmati pelbagai juadah disediakan.

Menjengah di ruangan  komen, rata-rata netizen turut gembira melihat hubungan pasangan pengantin baru itu serta menyifatkan PU Riz bertuah mempunyai ibu mentua yang baik dan sporting.




Bertuah PU Rizz dapat ibu mertua yang sporting camni.Daripada gelak tawa Neelofa dapat kita rasakan beliau kini sedang gembira dan bahagia disamping insan tersayang.


Kita doakan agar pasangan ini sentiasa bahagia dan cepat-cepat dapat anak ok!


Sumber : rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.