Header Ads

"Tolong jangan pertikai harta suami saya" - Gadis 18 Tahun ‘Bersanding’ Dengan Madu, Isteri Pertama Bongkar Perangai Sebenar..

 


Beberapa hari yang lalu viral satu video di media sosial memaparkan majlis perkahwinan seorang gadis berusia 18 tahun yang disunting menjadi isteri. Ramai yang terkejut kerana beliau memilih untuk menjadi isteri kedua walaupun usianya masih sangat muda.


Yang lagi mengejutkan makcik bawang apabila melihat gadis ini turut 'bersanding' disamping madunya diatas pelamin.


Tidak mahu keadaan menjadi makin keroh, isteri pertama lelaki tersebut yang menggunakan fb Cikk Saasepu tampil menjelaskan serba sedikit bagaimana kisah perjalanan mereka bertiga sehingga akhirnya disatukan sebagai sebuah keluarga yang bahagia.


Menurutnya lagi, dia merupakan orang yang bertanggungjawab menyatukan si suami tercinta, Saiful Abdul Satar dan madunya iaitu Nur Elyana Aleeya Myasara.


Difahamkan, Elyana sudah hampir empat tahun bekerja sebagai pengasuh anak pasangan ini malah hubungan kedua-dua wanita ini sangat akrab. Sementara itu, Sharifah meminta orang ramai supaya tidak memperti.kaikan keputusan mengapa dia memilih Elyana sebagai madunya.


Saya halalkan dan maafkan setiap apa yang orang kata dan kutuk kami. Saya membenarkan suami saya menikah lagi dengan alasan tersendiri. Jangan pertik.aikan harta suami saya dan rupa suami saya dan untuk yang pertik.aikan umur madu saya, kenapa saya memilih dia. Hanya saya yang tahu. Alhamdulillah. Jalan terbaik untuk menambah zu.riat kami hanya kami yang tahu sebab tersendiri.


Tiada simpan apa-apa rahsia


Sharifah juga menyifatkan Elyana seorang gadis yang sangat baik dan bertanggungjawab selain tidak pernah menyembunyikan apa-apa rahsia daripadanya. Bukan itu sahaja, Elyana juga dikatakan sanggup menunggu hampir setahun supaya dirinya diterima oleh Sharifah.


Dia tidak pernah merahsiakan perhubungan dengan lelaki yang bakal dia kahwin dari pengetahuan isteri sedia ada. Dia sanggup bertemu, berbincang, luahan perasaan dengan isteri sedia ada. Dia sanggup memberi masa kepada isteri sedia ada untuk menerima dirinya sepenuhnya. Bukan seminggu, bukan sebulan tapi setahun. Sesungguhnya dia wanita yang sabar.


Menutup cerita, Sharifah mengakui dia redha dan ikhlas dengan perkahwinan yang terbina itu selain berharap agar hubungan mereka sekeluarga diberi kebahagiaan dan diberkati.


Sumber: Cikk Saasepu via OhBuIan

No comments:

Powered by Blogger.