Header Ads

“Saya Keluar Daripada Agama Islam, Itu Lebih Afdal” – Sajat Cari PasaI Lagi Sekali?

 


Ketika masih dalam bu.ruan pihak berkuasa, video kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau popular disapa Nur Sajat, sekali lagi tular di media sosial.


Tidak dapat dipastikan bila video itu dimuatnaik, namun kali ini ia memaparkan pengakuan usahawan kosmetik berusia 36 tahun itu seolah-oleh berniat menukar agama.


Disebabkan isunya besar dan bagi mengelakkan tersalah petik, berikut adalah salinan penuh daripada perkataan yang diluahkannya dalam klip video berdurasi 1 minit 48 saat itu.


"Saya baca, tak salah kita buat research (kajian) agama lain kan? Sebab kita tak ada buat apa-apa, lepas itu orang nak salahkan kita teruk.


"Lepas Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) keluarkan statement (kenyataan) itu, saya dah malas nak fikir.


"Saya cakap ini bukan saya nak mengu.gut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak ayah saya, saya dah taknak menjadi orang Islam (sambil menggelengkan kepalanya dalam klip video itu).



"Saya keluar daripada agama Islam. Itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul.


"Mereka yang buat saya jadi saya nak keluar daripada Islam. Saya tak main-main, saya cakap betul.


"Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam...dengan benda yang macam ini, dorang (mereka) buat saya, mungkin dorang (mereka) ingat dorang (mereka) boleh bagi iktibar...bukan.


"Saya lebih tak0t dan saya rasa lebih baik keluar daripada agama ini. Sebab saya lahir pun dalam Islam dan saya ikut sahaja apa yang mak saya ajar, saya buat.


"Rupa-rupanya...tak tahulah," katanya.


Terdahulu, poIis Selangor bersedia bekerjasama dan membantu Jais mengesan Nur Sajat.


Pemangku Ketua PoIis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dilaporkan berkata, pihaknya bersedia membantu Jais mengesan Nur Sajat yang menghilangkan diri, baru-baru ini.



"PoIis sentiasa bersedia untuk membantu Jais mengesan Nur Sajat," katanya dalam laporan terdahulu MyMetro, hari ini.


Sementara itu, Pengarah Jais, Datuk Shahzihan Ahmad berkata, Jais dan PoIis Selangor sentiasa bekerjasama bukan sahaja dalam menguatkuasakan Enakmen Jen.ayah Syariah, sebaliknya dalam semua perkara.


"Jais akan terus bekerjasama dengan PoIis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menguatkuasakan segala undng-undng termasuk berkaitan k.es terbabit," katanya.


Pada 23 Februari lalu, usahawan kosmetik itu dikenakan waran tangkap oleh Mhkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula kes berhubung menghlna Islam.


Sumber memberitahu, Sajat dipercayai bersembunyi sebaik war.an tngkap dikeluarkan mhkamah terbabit.


Sajat dipercayai meI4rikan diri dan bersembunyi di tempat lain bagi mengelak dikesan Jais.


Sumber : Hmetro

No comments:

Powered by Blogger.