Header Ads

Satu Malaysia kecam tindakan cikgu campak murid tadika, tapi lelaki ini tampil jadi hero pertahankan cikgu tersebut

 



Sejak dari semalam viral sebuah video memaparkan seorang wanita yang dipercayai seorang guru tadika berstatus praktikal dikatakan telah mengangkat dan seterusnya mencampakkan anak muridnya, perkara ini telah mengundang kecaman dan kema.rahan netizen yang rata-rata tidak boleh terima tindakan dari seorang yang bergelar pendidik kepada seorang anak murid yang masih kecil.


Video tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial di laman Facebook Penduduk Jalan Kebun Klang dan dimuat naik kembali ke laman Facebook My Kuala Langat.


Sejurus perkara tersebut viral pihak sekolah tadika tersebut telah mengambil tindakan tegas dengan 'membuang' dan cikgu tersebut tidak dibenarkan mengajar serta merta.


Seorang pengguna Facebook yang juga merupakan bapa kepada saIah seorang pelajar di tadika tersebut telah tampil memberikan kenyataan selepas mendapatkan penjelasan daripada pengetua tadika itu.


Disebalik kecaman dan kem.arahan yang disuarakan oleh netizen terhadap tindakan tidak bermoraI dari guru tersebut ada terselit satu komen yang meraih perhatian netizen lain. Seorang pengguna facebook tampil mempertahankan guru tersebut dengan mempersoalkan adakah budak tersebut pat.ah, cacat ataupun mengalami tra.uma seumur hidup? Jika tiada maka kesianlah guru tersebut yang kena kecam beramai-ramai oleh netizen.




Komen tersebut telah menarik perhatian netizen lain yang langsung tidak bersetuju dengan komen lelaki tersebut dan ada yang menulis beliau membuat komen sebegitu kerana inginkan perhatian dan populariti semata-mata.








Diharapkan agar perkara ini dapat diselesaikan dengan seadilnya oleh mereka yang bertanggungjawab dan kepada mereka yang diamanahkan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan seperti video yang diviralkan ini, jagalah amanah itu elok-elok jika ada masalah lain sekalipun janganlah kita jadikan anak murid kita sebagai tempat melepaskan gera.m.

No comments:

Powered by Blogger.