Header Ads

Ruhainies Umum Belum Sedia Kahwin, Kekasih Sedia Menunggu

 



Minggu lepas adalah hari yang paling bersejarah dalam hidup Risteena iaitu kakak kepada Ruhainies yang kini sudah pun bergelar isteri kepada Isa Khan.


Meskipun sering diajukan soalan itu, namun Ruhainies berkata dia tidak tertekan kerana dia tidak akan berkahwin atas desakan orang semata-mata.


“Selagi kita tak kahwin selagi itu orang akan tanya, saya tidak terkesan pun dengan soalan-soalan macam itu dan kalau saya nak kahwin nanti… saya akan kahwin.



“Perkahwinan bukan benda mudah dan bukan kita kahwin untuk berc.erai. Saya dan kekasih memang ada borak tentang hal kahwin, perancangannya memang ada tapi tidak secara serius,” katanya.


Ujarnya, dia juga tidak suka dipaksa kahwin dan mempunyai pendiriannya sendiri. Katanya lagi, dia menunggu petunjuk dari Allah jika sudah selesa baru dia akan buat keputusan untuk berkahwin.



Dalam pada itu, Ruhainies berkata kekasihnya yang dikenali sebagai Mr. E menghormati keputusannya dan menunggu sehingga dirinya sudah bersedia untuk berkahwin.


“BF I pun tak jenis mem.aksa dia kata okay, you take your time. Dia yakin dengan diri dia sendiri takkan cari orang lain dah,” katanya lagi.


Sumber : rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.