Header Ads

Romantik Sungguh! Engku Emran Lamar Noor Nabila Atas Hot Air Balloon

 


Ramai netizen yang tidak dapat menghidu perhubungan antara dua orang yang masing-masing pernah berkahwin dengan selebriti sebelum ini.


Memang mereka berdua ini sungguh bijak dalam menyimpan rahsia.Terbaharu, syarikat My Balloon Adventure mendedahkan foto romantis Engku Emran melamar Noor Nabila di atas belon panas yang telah disimpan sekian lama.


“Selepas menyimpan rahsia sekian lama, akhirnya kami dapat kongsikan perkara ini kepada semua orang. Tahniah diucapkan kepada Engku Emran dan Noor Nabila atas perkahwinan pagi tadi. Kami turut tumpang bahagia ke atas kedua mempelai ini,” tulisnya.


Menerusi perkongsian di Instagram itu, Engku Emran telah merancang kejutan tersebut bersama adik Nabila iaitu Athisha Khan selama beberapa minggu.


Noor Nabila nyata tak sangka dengan kejutan tersebut, malah lebih istimewa apabila Ferhad turut membuat penampilan khas ketika majlis  tersebut. Sweet kan?

Perkongsian di laman instagram itu mendapat pelbagai respon yang positif dari netizen. Netizen sungguh teruja dengan kejutan istimewa tersebut dan mendoakan agar rumah tangga yang dibina pasangan sama cantik sama padan itu berkekalan hingga ke syurga...


No comments:

Powered by Blogger.