Header Ads

Risteena Rasa Terharu Isa Khan Sanggup Temannya Berjam-Jam Buat Rambut

 



Kisah cinta antara merpati dua sejoli ini bukan lagi rahsia, baru-baru ini pasangan ini mengumumkan kepada peminat mereka kini sudah selangkah ke alam perkahwinan.


Baru-baru ini, pelakon cantik Risteena jadi perhatian peminat tempatan apabila memberi bayangan akan menamatkan zaman bujang dengan kekasih hatinya iaitu pelakon Isa Khan pada bulan Mac ini.


Lebih menjadi perhatian, menerusi video itu Risteena terharu kerana bakal suaminya itu sanggup menemaninya berjam-jam ketika membuat rambut di salon. Risteena juga berharap Isa akan tetap setia menantinya mendandan rambut walaupun sudah bergelar suami isteri nanti.


Diruangan komen, rata-rata netizen meneka tarikh perkahwinan pasangan itu apabila Risteena memberi ‘hint’ bahawa mereka akan perkahwin bulan ini.





Malah, ramai mendoakan agar perjalanan pasangan itu untuk bergelar pasangan suami isteri tidak lama lagi akan dipermudahkan.


Sumber : rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.