Header Ads

Ramona Zamzam Pernah Risau SAKlT Lakukan Hubungan KELAMlN Dengan Suami Selepas BERSALlN

 


Pelakon cantik Ramona Zamzam bercerita mengenai situasi yang pernah dilalui selepas berpantang yang disifatkannya sebagai masalah kelambu dingin.

"Seingat saya situasi kelambu dingin pernah jadi kepada saya selepas beranak, terutamanya pada tahun pertama.

"Yang saya perasan selepas berpantang, saya ta.kut dan fobia untuk bersama suami.

"Ya, saya ikut betul-betul cara berpantang 100 hari seperti yang kebanyakan orang amalkan, selepas itu saya rasa terjadinya kelambu dingin.

"Bukan tak mahu bersama suami, tetapi saya takut sa.kit, mungkin kerana saya bersa.lin normal. Untuk mengadakan hub.ungan in.tim itu menakutkan," katanya.



Bagaimanapun, suami Ramona, Rami Alashkar tidak mem.aksa malah memahami situasi yang dilalui isterinya itu.

"Tipulah kata dia tak nak, tapi dia memahami. Dia sangat gentle dan itu membuatkan saya lebih relaks, kemudiannya kami berkomunikasi," tambahnya yang mengakui keinginan untuk bersama suami lebih bertambah selepas bersalin anak sulung.

Sementara itu, Pengasas Bijak Emosi dan Kaunselor Keluarga, Ahmad Fadzli Abd Aziz berkata, mas.alah hubu.ngan s*.ks dingin antara pasangan suami isteri didorong oleh beberapa faktor.



Antaranya masalah kesihatan yang terdiri daripada isu fizikal dan me.ntal terutamanya dep.resi serta pengambilan ubat-ubatan.

Selain itu, faktor social culture sekeliling, tekanan tempat kerja, stres berlebihan dan gaya hidup kurang sihat menyebabkan penurunan libido seseorang.

Borak Kela.min dihoskan oleh Elly Mazlein dan Awal Ashaari yang mengupas isu berkaitan rumah tangga yang sering dianggap tabu atau sen.sitif untuk dibincang secara terbuka.

No comments:

Powered by Blogger.