Header Ads

Polis sudah kenal pasti lokasi persembunyian Sajat

 


Usahawan kosmetik berstatus jutawan, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman sudah beberapa minggu menjadi 'peIarian' kerana meIarikan diri dari pihak JAIS.


Kini JAIS sudah bekerjasama dengan pihak polis dan menurut perkembangan terkini dari polis selangor, mereka kini sudah mengenal pasti lokasi persembunyian sajat.


“Kalau dia enggan serah diri, kita akan ambil tindakan,” kata Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.


Sebelum ini Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga meminta bantuan pihak polis untuk mengesan usahawan itu.


Terdahulu, Kosmo! melaporkan mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atas usahawan kosmetik tersebut selepas dia gagal hadir prosiding sebutan semula pertu.duhan berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hi.na pada 23 Februari lalu.


 

Sejak wa.ran berkenaan dikeluarkan, Nur Sajat terus menghil.angkan diri dan dipercayai menyem.bunyikan diri bagi mengelakkan dirinya dic.ekup JAIS. – K! ONLINE

No comments:

Powered by Blogger.