Header Ads

"Mungkin ini spesies kambing avatar" - Kambing kena padajaI individu tidak bertanggungjawab, habis satu badan 'dicat' biru

 


Selalu sangat kita dinasihatkan agar menjaga dengan baik haiwan ternakan atau peliharaan kita dari berkeliaran masuk ke halaman rumah jiran dan seterusnya mer0sakkan tanaman atau pokok bunga jiran.


Kerana jika sudah selalu sangat halaman rumah dicer0bohi haiwan ternakan dan membuang najis merata-rata sudah pasti tahap kesabaran pun ada limitnya.


Mungkin itu yang berlaku kepada seekor kambing peliharaan apabila telah 'dicat' seluruh badannya dengan warna biru.


Netizen yang bernama Khairul Amizi telah memuat naik satu hantaran di laman sosialnya menunjukkan kambing yang diberi nama Tam telah disim.bah dengan cat berwarna biru dan menyebabkan seluruh badannya diseliputi warna tersebut.


Dia sungguh terkejut dan kesal apabila kambing peliharaan milik ibunya itu telah dia.niaya oleh individu tidak bertanggungjawab.

Tambahnya lagi, mulut haiwan berkenaan juga turut disalotep dengan pita pelekat.

 

“Orang Melayu dengan sifat den.gki memang tak boleh bawak bincang. Baru sekali dua kambing mak aku terlepas pergi rumah kau, dah kau simbah cat, tape mulut sampai macam gini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.




Khairul menyifatkan perbuatan individu terbabit tidak berperik.emanusiaan kerana menga.niaya binatang.


Menurutnya, rumahnya juga turut menjadi tempat persinggahan haiwan ternakan milik orang lain namun, dia tidak sesekali terfikir untuk melakukan perkara sedemikan terhadap haiwan-haiwan tersebut.


“Yang aku hari hari lembu, kambing entah sesiapa penuh kat depan rumah. Penuh ta.ik apa bagai tak pernah pulak nak buat macam-macam. Haa bereh laa! Hari ni hari kau, tunggu hari aku pulak yaa. Lepas ni Binatang apa pun yang bukan hak milik keluarga aku, penuh depan rumah faham faham lah ya,” katanya.

 

Sementara itu, perkongsian Khairul turut mendapat perhatian daripada netizen yang rata-rata kecewa dengan tindakan individu terbabit.



Sumber: FB Khairul Amizi via cempedakcheese

No comments:

Powered by Blogger.