Header Ads

Ambil Alih Tugas Isteri Sepenuhnya, Nabil Mahir Iarang Ayda Jebat Buat Kerja Rumah

 


Sudah 3 bulan pasangan selebriti popular kesayangan ramai ini mendirikan rumah tangga, jelas sekali pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir ini tidak kekok apabila berkongsikan momen dengan peminat tersayang.


Ayda jebat boleh dikatakan sangat beruntung kerana dikurniakan suami yang rajin. Menerusi update terbaru dilaman sosial miliknya, selebriti cantik ini berkata suaminya yang melakukan kesemua kerja rumah dan mengambil alih tugas isteri.


“Kita berdua ada persamaan tapi banyak perbezaan. Dia berhati wanita, lembut, sopan dan buat semua kerja isteri. Haha! Basuh pinggan, kemas rumah, buang sampah, masak dan semua. Saya.. Eh, bukan saya tak nak buat, dia yang tak bagi,” tulisnya.


Tambahnya lagi, bukan kerana dia tidak mahu buat tetapi Nabil meIarangnya untuk melakukan kerja rumah. Kata Ayda lagi, dia sangat bertuah memiliki Nabil dalam hidupnya.


Perkongsiannya pasangan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecomelan pasangan suami isteri itu. Malah, Nabil turut meninggalkan komen mengatakan dalam Islam segala kerja rumah sebenarnya tugas seorang suami.


Untuk rekod, Ayda bertunang dengan pengacara dan pelakon, Nabil Mahir pada April tahun lalu secara atas talian sebelum selamat diijabkabulkan pada 1 Januari 2021.


Sumber : rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.