Header Ads

Ada Adegan BogeI, Raja Ilya Terpaksa ToIak Tawaran Berlakon Siri Netflix

 


Selepas pelakon Nadia Brian, seorang lagi pelakon Malaysia beragama Islam iaitu Raja Ilya pula terpaksa menoI4k tawaran berlakon untuk siri Netflix kerana memerlukan dia berb0geI.


Ilya yang kini menetap di Perth, Australia berkata dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak menerima tawaran berlakon yang tidak sesuai dengan kehendaknya.


“Tawaran yang saya terima itu bayarannya bagus dan diterbitkan syarikat produksi yang besar. Namun, saya tak nak buat. Sesetengah orang akan menerima babak sebegitu sebagai karya seni. Itu bergantung kepada individu sendiri.



“Namun, saya tak selesa untuk melakonkan babak yang memerlukan saya berb0geI atau berkaitan dengan aksi s3.ksual. Jadi, saya toIak,” katanya.


Dalam pada itu, menerusi perkongsian video di Instagram itu, Ilya berkata dia menjalani ujibakat untuk beberapa filem Hollywood, antaranya Jurassic World, The Matrix 4.



Ujarnya, namanya turut disenarai pendek untuk watak Kamala Khan dalam filem terbitan Marvel Studios iaitu Miss Marvel, namun tiada rezeki untuk dirinya.


“Untuk uji bakat itu, nama saya disenarai pendek, namun tidak ada maklum balas. Saya anggap tidak ada rezeki pada waktu itu kerana saya tahu ada beberapa pelakon lain dari India yang turut disenarai pendek,” katanya.


Sumber : rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.