Header Ads

Ustazah Asma Harun sekali lagi ‘sound’ penggiat seni, minta henti program berunsur MAKSlAT

 


PENDAKWAH bebas terkenal, Ustazah Asma Harun sekali lagi membuat teguran terbuka kepada golongan artis dan selebriti agar lebih bertanggungjawab terhadap masyarakat.


Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Asma mengingatkan para artis supaya tidak menghidangkan persembahan berunsur makslat, Iucah atau yang boleh menj4tuhkan m4ruah.

 

“Mohon duhai semua artis tanah air atas tiket apa pun sama ada pelakon, penyanyi, pelawak, pengacara dan lain-lain. Jadilah penghibur yang ada rasa tanggungjawab, tidak menyumbang kepada ker0sakan yang sedia p4rah ini.


“Hentikan persembahan atau pertandingan berunsur makslat, berunsur Iucah dan menj4tuhkan m4ruah.


“Diharapkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, pihak berwajib, Persatuan Seniman dan lain-lain turut boleh memainkan peranan dalam isu begini. Jika tidak dibendung dengan bersungguh, maka normalisasi akan berlaku,” katanya.


Asma membuat teguran tersebut kerana menurutnya dunia hiburan pada ketika ini seakan-akan menormalisasikan m4ksiat dalam sesuatu persembahan yang dilakukan golongan artis.


“Kemungk4ran berlaku secara terangan, dibanggakan, dipromosikan dan diikuti. B4hayanya jika kita dah tak rasa apa-apa, scroll atau dilihat sahaja tanpa rasa.


“Dan apabila ada pihak yang membuat teguran, berlaku situasi pembeIaan terhadap peIaku makslat.


“Lama-lama peIaku semakin berkuasa, pencegah semakin lemah, t4kut, paling sedih jika berhenti. Kita kuat kerana Allah,” katanya.


Tidak bermaksud untuk ‘menc3rca’ pekerjaan golongan artis, sebaliknya Asma mengakui golongan selebriti diperlukan dalam persada seni bagi memenuhi fitrah manusia yang memerlukan hiburan.


Namun dia berharap agar ia tidak dilakukan dengan cara yang boleh melalaikan.


“Iya, kalian diperlukan dalam persada seni, memenuhi fitrah insani, namun bukan dengan cara begini.


“Kasihanilah diri sendiri, kita semua bakal matl, janganlah ditangguh lagi hajat untuk kembali,” ujarnya lagi.


Dalam entri tersebut, pelakon Syatilla Melvin dan Noor Khiriah turut dilihat meninggalkan komen di atas kata-kata ‘peringatan’ yang dikongsikan oleh Asma.


“Terima kasih atas ingatan ustazah. Sejujurnya saya terasa sesuatu apabila baca apa yang ustazah tulis sebab saya pernah berada di fasa berbuat salah.


“Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi atas ingatan untuk terus ke jalan kebaikan,” tulis Syatilla.


“Terima kasih atas ingatan ustazah,” ungkap pelakon Noor Khiriah.


Menerusi laporan mStar terdahulu, Asma meIahirkan rasa terkejut apabila menonton video muzik lagu Ayda Jebat berjudul Parah yang dikatakan secara terang-terangan mempamerkan aksi Iucah dan memaIukan.

No comments:

Powered by Blogger.