Header Ads

Trend tayang emas dan nak tunjuk siapa lagi kaya makin menjadi-jadi di media sosial

 


Tidak dinafikan amalan membeli dan menyimpan emas sangat bagus untuk masa depan terutamanya bila kita terdesak kemudian hari.Emas bukanlah sekadar barang perhiasan tetapi merupakan salah satu bentuk pelaburan bagi masa hadapan.


Ini kerana harga emas seperti yang kita sedia maklum akan sentiasa naik harga setiap hari.


Menurut perkongsian yang dikongsikan di portal ohbulan, di sebalik trend yang semakin meningkat naik ini, pemilik emas ini dilihat ‘cenderung’ untuk berkongsi hobi mereka yang boleh mendatangkan b4haya. Bukan itu sahaja, segala koleksi emas mereka turut dikongsi di laman sosial sebagai tontonan buat warganet.



Jika dilihat menerusi t4ngkap layar tersebut, pemilik emas akan memuat naik foto mereka bersama emas yang dibeli di satu kumpulan Facebook yang dikenali sebagai Riak Apa Hari Ini (RAHI). Bukan itu sahaja, ketika proses pembelian emas itu turut dikongsi bersama duit puluhan ribu yang dibawa.


Tidak salah bagi mereka untuk berkongsi, namun pengguna media sosial seharusnya lebih berhati-hati dan berwaspada bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini daripada berlaku.



Tidak berakhir di situ, kapsyen yang digunakan juga menunjukkan mereka seolah-olah ‘rlak’ dan berbangga memiliki emas yang banyak.


Pada masa yang sama, perkongsian tersebut juga boleh mengundang b4haya di mana seseorang itu mungkin boleh mengambil kesempatan dengan mer0mpak mereka. Hal ini disebabkan, per0mpak itu sudah mempunyai maklumat serba sedikit mengenai m4ngsa.


Reaksi netizen



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mempersoalkan kewujudan kumpulan tersebut yang boleh meningkatkan rislko seseorang itu menjadi m4ngsa kepada per0mpak.


Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berpesan supaya seseorang itu tidak mudah berkongsi apa sahaja di media sosial kerana kita tidak tahu niat individu-individu yang lain.


Sumber: OhbuIan

No comments:

Powered by Blogger.