Header Ads

Terpaksa berhenti universiti separuh jalan, Janna Nick akui duit adalah segalanya

 


Siapa saja yang tidak kenal dengan Janna Nick, seorang selebriti versatile yang sedang mengukir nama di persana seni tanah air.


Namun ramai netizen yang tidak tahu pelakon dan pengacara serta penyanyi ini pernah menyambung pengajian di sebuah uiversiti namun terpaksa berhenti berhenti di tengah jalan.


Mendedahkan perkara itu di Insta Story, Janna akui dia terpaksa mementingkan wang ringgit memandangkan dia bukan berasal daripada keluarga senang.

Bagaimanapun, pelakon berusia 26 tahun itu berkata meskipun terpaksa berhenti belajar untuk mengejar impian, namun dia masih menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran suatu hari nanti.


“Perkara yang orang lain tak tahu adalah saya bukan datang dari keluarga yang senang. Saya memang dah belajar separuh jalan tetapi ‘drop’ sebab saya pentingkan duit.


“Bagi saya, duit adalah segalanya. Jadi saya kena selesaikan banyak benda dari segi kewangan, ‘my goals’ dan impian saya.


“Sambung belajar adalah satu impian saya juga. Dan saya rasa tak pernah lewat untuk seseorang itu sambung belajar. Nanti saya rileks, saya buat,” katanya



Tambahnya lagi,  kekasihnya, jejaka kacukan Melayu-Switzerland, Dini Schatzmann turut menggeIar dirinya sebagai seorang mata duitan.


Sebelum ini, salah seorang peminat bertanya soalan tentang pengajiannya kerana Janna seorang pelajar cemerlang sewaktu di sekolah.


Sumber : rotikaya




No comments:

Powered by Blogger.