Header Ads

Seorang Anak Tinggalkan Ibu Kudung Sebelah Kaki Ditepi Jalan Kerana Sudah Tidak Mampu Jaga Ibunya Sendiri

 


Seorang wanita yang kudung sebelah kaki ditemui bersendirian dengan kerusi roda, dipercayai ditingg4Ikan anggota keluarganya di tepi jalan di Jalan Kebun di sini, malam tadi.


Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan pihaknya menerima maklumat berhubung perkara itu daripada orang awam mengenai seorang wanita yang ditingg4Ikan bersama bekalan lampin pakai bu4ng dan beg pakaian.


Sebaik menerima maklumat, Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor dan Ketua Operasi Agihan Daerah Kuala Langat bergegas ke lokasi jam 8.30 malam bagi menyantuni wanita yang kudung kaki kiri berusia 60 tahun itu.


“Hasil slasatan, wanita itu adalah asnaf fakir dan masih mempunyai keluarga.


“Pihak LZS kemudian berjaya menghubungi keluarga wanita itu, bagaimanapun tidak mendapat kerjasama baik apabila tiada seorang waris sudi menjemputnya pulang ke rumah dengan pelbagai alasan,” katanya.


Susulan itu, LZS terpaksa menyerahkan wanita berkenaan kepada p0Iis untuk tindakan selanjutnya.

 

Katanya, anak wanita itu pada awalnya bersetuju hadir ke balai p0Iis untuk mengambil ibunya, bagaimanapun sekitar jam 3 pagi tadi individu terbabit membuat keputusan tidak boleh menjaga wanita itu lagi.


“Polis kemudian menghubungi pusat jagaan warga emas yang kemudian datang dengan ambulans untuk membawanya ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan sarlngan Cooviid-19.


“Hati mana yang tidak tersentuh apabila ibu ini masih mendoakan yang terbaik untuk anaknya.


“Kata wanita itu ‘dah lama acik (makcik) tak jumpa anak, anak acik baik orangnya’,” katanya.


LZS berkata, pihaknya menempatkan wanita itu di pusat jagaan warga emas mengikut prosedur dengan kebenaran anaknya dan semua kos ditanggung oleh agensi terbabit.


“Terima kasih kepada orang awam yang menyampaikan maklumat kepada kami (LZS) dan Pusat Jagaan Warga Emas Baitul Mawaddah, Pusat Jagaan warga Emas SRA serta pihak Balai Polis Sri Muda yang bekerjasama dari malam hingga ke awal pagi dalam menguruskan kes ini.


“Marilah sama-sama kita doakan semoga usaha ini mendapat keberkatan dari Allah SWT dan ibu ini dapat dijaga dengan penuh kasih sayang,” katanya.


Anak ‘acik’ baik orangnya, kata ibu kudung biarpun ‘dibv4ng’ di tepi jalan


Seorang wanita warga emas ditemui ditingg4Ikan bersendirian oleh keluarganya dengan berkerusi roda di tepi jalan di Jalan Kebun, Shah Alam.


Difahamkan, wanita warga emas yang juga kudung sebelah kaki, didapati masih mempunyai ahli keluarga.

“Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor serta ketua operasi agihan daerah Kuala Langat bertindak segera turun pada 8.30 malam tadi bagi menyantuni wanita ini.


“Hasil slasatan mendapati beliau merupakan asnaf fakir kami dan masih mempunyai keluarga.


“Usaha menghubungi keluarga berjaya dilakukan namun tidak mendapat kerjasama yang baik apabila tiada seorang waris yang sudi menjemputnya kembali ke rumah dengan pelbagai alasan,” kata Zakat Selangor.


Susulan itu, pihak Zakat Selangor menyerahkan warga emas berkenaan kepada p0Iis untuk tindakan lanjut.


“Polis bertindak menghubungi anak warga emas terbabit dan menjalankan sesi rundingan mengikut kepakaran pihak berkuasa berkenaan,” katanya.


Bagaimanapun, anak wanita itu yang pada awalnya bersetuju mahu mengambilnya bertindak menukar fikiran atas alasan tidak boleh menjaga ibunya lagi.


“Anaknya membuat keputusan tidak boleh menjaga ibunya lagi dan pihak p0Iis terpaksa menghubungi pusat jagaan warga emas yang datang menaiki ambulans untuk membawa ibu ini ke hospital bagi pemeriksaan keslhatan dan saringan Coovid-19.”


Menurut Zakat Selangor, wanita warga emas itu menyatakan sudah lama tidak berjumpa dengan anaknya sambil menyifatkan anaknya seorang yang baik.


Zakat Selangor memaklumkan, wanita warga emas itu kini ditempatkan di pusat jagaan warga emas dengan kebenaran anaknya dan semua kos akan ditanggung oleh pihak Zakat Selangor.

No comments:

Powered by Blogger.