Header Ads

Ramai netizen tidak bersetuju tindakan Zul yahya berhentikan sekolah anak-anak, Ini penjelasan kenapa keputusan itu diambil

 


” Buat masa sekarang ini lebih baik saya letakkan ilmu ak.hirat sebagai keutamaan buat anak-anak.” ini salah satu ucapan Zul Yahya setelah ramai yg


mempertikan keputusannya tidak menghantar anak anak nya ke sekolah biasa.


Perkongsian status di Instagram yang banyak mengkrit.ik SOP semenjak perintah kawalan pergerakan (PKP) seakan memberi ‘hint’ kepada bekas pelakon Zul Yahya mengenai ketid.akpua.san hatinya dengan pelbagai isu membabitkan kerajaan.


Kerap mengkrit.ik keputusan kerajaan berhubung larangan ke masjid, Zul tampil membuat satu keputusan besar diambilnya.


Difahamkan Zul mengambil keputusan memberhe.ntikan anak-anaknya daripada meneruskan persekolahan kerana meletakkan ilmu ak.hirat sebagai keutamaan hidup.



Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram dan Facebooknya, pelakon yang pernah membintangi drama Pepaya itu memberitahu tindakan tersebut dirasakan paling tepat buat masa ini.


” Kami ibu bapa berhe.ntikan anak-anak kami daripada sekolah bukan kerana tak ambil berat masa depan mereka, tetapi kami nak anak-anak kami lebih berjaya di ak.hirat kelak.


” Insya-Allah ilmu ak.hirat itu lebih penting daripada segala-gala ilmu,” ujar pelakon berusia 48 tahun itu.


Reaksi warganet ada yang setuju, ada yang tak bersetuju


Menjengah ke ruangan komen dalam Instagramnya, pelbagai reaksi diberikan terhadapat keputusan yang dibuat oleh pelakon tersebut.


Salah seorang pengikutnya yang tak bersetuju berkata, pelakon itu sepatutnya faham tentang konsep pendidikan pada peringkat sekolah kerana itu juga merangkumi ilmu untuk kegunaan di ak.hirat.


” Harapnya kita tidak salah faham dan ekst.rem. Hantar ke sekolah (anak) juga merangkumi ilmu ak.hirat. Semua disiplin ilmu ialah ilmu milik Allah SWT dan boleh mendekatkan diri dengan-Nya.


” Tahniah guru-guru di sekolah yang mengajar bersungguh-sungguh anak murid mengenal Allah SWT,” ujar salah seorang pengguna Instagram.


Sementara seorang pengikut yang bersetuju pula berpendapat bahawa pelakon itu berhak memilih saluran pendidikan yang terbaik untuk anaknya.


” Teruskan tuan mulia , tuan usaha atas iman mereka untuk kembali kepada sunnah dan Al-Quran.


” Jangan putus asa walaupun ramai yg menc.aci tuan.. dan yg paling penting selamatkan ahli keluarga kita..


” InshaAllah asbab tuan , hidayah dtg dalam hati mereka walaupun sebesar zarah.. permulaan kehidupan kita daif, semoga pengakhiran kita ,saya doakan abg Husnul Khatimah” ujarnya.


Zul berkata, pada hari ini masyarakat lebih mengejar duniawi berbanding ilmu agama yang dituntut oleh Nabi Muhammad SAW.



” Berapa ramai yang boleh ikut sunnah Nabi Muhammad SAW pada hari ini? Ramai orang tinggalkan al-Quran dan sunnah Rasulullah yang boleh membawa kejayaan kepada mereka,” katanya.


Ujar Zul lagi, masyarakat hari ini seolah-olah merasakan sunnah dan al-Quran sebagai satu ikutan kuno dan ketinggalan.


” Jadi ramai yang memilih cara kehidupan seperti hari ini dengan tidak mengamalkan sunnah Nabi dengan melebihkan kehidupan duniawi,” ujarnya.


Untuk rekod, Zul mendirikan rumah tangga bersama isteri, Siti Raihan Mohd. Rodzi pada Disember 2007 dan dikurniakan enam orang cahaya mata masing-masing tiga perempuan dan tiga lelaki berusia antara setahun hingga sembilan tahun.


Sumber:k0smo via newscoviraI

No comments:

Powered by Blogger.