Header Ads

PoIis tidak pernah haIang Ustaz Ebit Lew hentikan program di pulau sekitar Semporna, Kata Pesuruhjaya PoIis Sabah

 


"PoIis atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) tidak pernah menghaIang atau mengeluarkan sebarang arahan untuk menghentikan program Ustad Ebit Lew di kawasan itu," kata Pesuruhjaya PoIis Sabah Datuk Hazani Ghazali hari ini.


Malah beliau berkata, poIis mengalu-alukan kerjasama mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan program amal kebajikan bagi membantu golongan memerlukan.



Bagaimanapun, menurut Hazani, mereka digalakkan untuk merujuk dengan pihak berkuasa seperti poIis dan Majlis KeseIamatan Negara (MKN) terlebih dahulu atas faktor keseIamatan semata-mata.


"Kita tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau tindakan untuk menghaIang program yang dianjurkan oleh pihak sukarelawan seperti Ustaz Ebit Lew.



"Ada juga kenyataan yang ditularkan di media sosial mengaitkan perlntah berkurung dikuatkuasakan meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran," katanya dihubungi.


Hazani berkata, perintah itu dikeluarkan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak dic3roboh pengg4nas yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah.


"Ia tiada kena mengena dengan program yang dianjurkan sukarelawan atau NGO di mana-mana kawasan di negeri ini.


"Cuma kita minta beliau rujuk dengan pihak berwajib, ia adalah bagi mengenalpasti status pulau dan penduduk terbabit," katanya.

Terdahulu, kenyataan Ustaz Ebit Lew tular di media sosial yang mendakwa dirinya terpaksa menghentikan misi bantuan kerana tidak dibenarkan melawat ke pulau-pulau sekitar Semporna.


Malah katanya, beliau turut diminta supaya menghentikan bantuan di sekitar daerah berkenaan

Sumber : harian metro

No comments:

Powered by Blogger.