Header Ads

Pilu melihat bapa menahan DERlTA setiap hari

 


Hati anak mana tidak sedih apabila melihat bapa yang dulunya sihat, kini terlantar di wad akibat penyaklt kulit, psoriasis.

Siti Nabilah Mohd Izani, 27, berkata, lebih menyedihkan apabila penyaklt bapanya, Mohd Izani Mustafa, 59, kini semakin serius dan hampir menyebabkan masalah pada buah pinggang.

Kisah Mohd Izani yang menetap di Kampung Batang Gergaji Apal, Besut, Terengganu mendapat perhatian warganet selepas anak kelimanya, Muhammad Najmi, 21, berkongsi luahan selain mengharapkan ada pakar kulit dapat merawat bapanya menerusi ciapan di Twitter, baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Siti Nabilah berkata, bapanya sudah menghidap penyaklt itu sejak 30 tahun lalu namun keadaannya masih terkawal sebelum ini.


 
“Abah sudah lama ada penyaklt itu tetapi dulu tidak teruk dan masih boleh berjalan lagi.


 
“Namun, keadaannya tiba-tiba menjadi teruk ini apabila kulitnya menjadi kemerahan dan menggelupas manakala tangan serta kaki tidak dapat bergerak hingga memaksanya dimasukkan ke Hospital Besut pada 6 Februari lalu bagi mendapatkan rawatan.

“Menurut pakar, penyaklt abah tidak boleh dirawat dan dia kini bertahan dengan ubat dalam dos yang tinggi tetapi ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada buah pinggangnya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Siti Nabilah berkata, buat masa ini, ibunya, Sharifah Radiah Mat Ali, 54, yang menemani dan menguruskan bapanya di hospital.


 
Menurutnya, bapanya masih boleh mandi dan bersentuhan dengan air cuma dalam suhu yang tidak terlalu panas atau sejuk.

“Abah juga tidak boleh terdedah dengan cuaca panas atau berada dalam tempat terlalu sejuk.

“Menurut ibu, masalah kulit abah agak serius kerana keluar lendir daripada liang romanya.

“Kami sekeluarga amat sedih melihat keadaan abah kerana dia dulunya seorang yang suka bergurau dan ceria tapi kini terpaksa menahan saklt setiap hari,” katanya.

Siti Nabilah berkata, dia sekeluarga ada perancangan untuk berikhtiar dengan cara lain iaitu membawa bapanya ke pusat perubatan swasta seandainya keadaan jadi bertambah serius.


 
“Namun, masalah kami adalah kewangan untuk rawatan jangka masa panjang kerana kos perubatan di situ (hospital swasta) tentunya tinggi.

“Jadi, kami amat berbesar hati jika ada individu yang sudi menawarkan bantuan daripada segi wang ringgit,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Siti Nabilah di talian 019-985 8671 atau menyalurkan bantuan ke akaun Maybank, Mohd Izani Mustafa, 153010366126. 

Sumber : harian metro

No comments:

Powered by Blogger.